Friday, November 15, 2013

happy birthday Ayah

semalam genap umur ayah 73 tahun.  selamat hari jadi Ayah.  semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah selalu.


ahad lepas, ayah ada mention pasal chicken chop.  dia tanya, "kat mana chicken chop paling sedap?"  tak tau pulak kenapa ayah tanya.  dia tetiba rasa nak makan kot?  so malam tadi kitaorang bawak ayah keluar makan.

kalau ayah tak sebut pasal chicken chop tu pun, kitaorang memang dah plan nak bawak ayah keluar makan.  macam tahun yang sudah-sudah.


anyway, kitaorang bawak ayah ke tempat yang paling dekat dengan rumah.  time-time weekday ni, tak done nak pergi jauh-jauh.  mana lagi kalau bukan Aeon AU2.  aku rasa kalau tutup mata jalan kaki ke aeon au2 tu mesti aku boleh sampai.  hehe..!


kitaorang ke restoran Black Canyon Coffee.  kira ni second time lah kitaorang bawak ayah datang sini.  kali pertama dulu masa buka puasa hari terakhir ramadhan bulan ogos hari tu.


bila dah seated, kitaorang tengok menu.  tapi dalam menu tu takde chicken chop.  untuk hidangan steak, restoran tu cuma ada beef steak, fish steak, chicken steak dan lamb chop.  pelik kan?



since dah takde chickenn chop, ayah terus upgrade ke lamb chop.  huhu!!!  kebetulan restoran tu ada promosi.  kalau order any steak, dapat free mushroom soup.  air pulak ayah order Jamaican iced coffee.


kitaorang yang lain ni tumpang sekaki.  thank you mr. hubby!  ^_^  dina order Stir Fried Noodles with Chicken dan iced tea.  aku order Chicken Sandwich dan green tea.



dan mr. hubby pulak order Stir Fried Spaghetti with Spicy Dried Tuna Tom Yum berserta air suam.  nama punyalah panjang, padahal spaghetti je pun!


untuk makanan sampingan, kitaorang order Stuffed Omelette dan Golden Purse.  golden purse ni macam wantan, tapi isi dia ada ayam dan sayur-sayuran yang dicincang lumat.  macam tu punya lumat baru boleh menjiwai bila nak makan.  hehe..!



makanan kat restoran tu oklah, not bad.  selain beberapa jenis coffee, sandwich dan western food, mostly food kat black canyon adalah thai cuisine.  mana taknya, restoran ni originates from thailand.

apa-apa pun, yang penting adalah orang yang diraikan.  semoga ayah happy semalam dan hari-hari yang mendatang, insya'allah.

kalau arwah mak ada mesti best kan?  :(


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...