Monday, August 5, 2013

final iftar gathering

tinggal beberapa hari je nak raya kan?  rasa sekejap je nak habis ramadhan.  padahal, masa start puasa hari tu terasa macam lama lagi.


kelmarin merupakan sabtu terakhir dalam bulan ramadhan pada tahun 1434 ni.  tapi kitaorang tak berkumpul kat rumah mil.  kitaorang dapat iftar invitation from Leez & family.  so last saturday kitaorang berbuka kat rumah leez di Taman Bukit Mulia.


kitaorang sefamily ni first time datang rumah leez.  so bila mula-mula sampai kat condo tu, tercari-cari jugak kat mana lif.  nasib baik ada visitor lain yang baru sampai.  kitaorang ikut je diaorang tu.  alhamdulillah, selamat.  hehe...


rumah leez ni letaknya dalam kawasan yang berbukit dan alam sekitarnya yang kehijauan.  jauh dari hiruk-pikuk.  dan udara kat sini pun bersih sebab takde pencemaran.



Nayli ~ anak tuan rumah

rasa nyaman je suasana kat situ walaupun cuaca kat luar terasa bahang.  tu pasallah 3 orang kat atas tu baik punya lepak.  nampak tak?  huhu!!!


sesampai kat rumah leez, berselera sungguh aku tengok lauk-pauk yang leez masak.  ada ikan masin masak lemak, paru goreng sambal, peria goreng telur, ikan bilis + tempe goreng, ulam-ulaman serta sambal belacan.


mil datang bawak lauk tambahan lagi.  ada udang sambal, pajeri nenas + terung serta terung goreng bercili.  emm... sedap tu!


di bulan puasa ni, aku sebenarnya malas nak ambik gambar makanan.  tapi aku tengok Luvelymummy bukan main rancak lagi ambik gambar lauk-pauk, so aku pun tumpang sekaki.  hehe..!


untuk appetizer ada kurma, kuih seri muka, kuih talam keladi, kuih bingka ubi, pulut panggang dan murtabak.  dan yang paling best, airnya ~ fruit cocktail.  terbaik okey.  puas dapat makan buah-buahan kat dalam tu  ^_^


kalau masa berbuka cuma makan appetizer, lepas bersembahyang maghrib berjemaah barulah kitaorang makan main course.  jom makan..!

comel kan corak pinggan & teko ni?  ^_^

gambar kat atas ni pinggan nasi aku hari tu.  aku kalau makan nasi memang takkan jumpa apa-apa sayuran berwarna hijau dalam pinggan aku.  nasib baik pinggan tu ada design warna hijau.  ok gak kan?  ^_^

note:  Leez & Razman, thank you for being a good host and for the great dinner.  semoga dimurahkan lagi rezeki, amin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...