Thursday, August 15, 2013

warna-warni aidilfitri

hari ni 8 Syawal 1434dah seminggu kita meraikan kemenangan dan kedatangan syawal.  walaupun terlambat sikit, kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya.  minal aildil wal fa’izin.


maaf zahir & batin untuk sebarang kekhilafan yang kami lakukan, samada secara sengaja atau tidak.  dosa sesama manusia ni hanya boleh dimaafkan oleh orang yang telah kita berbuat salah.  Allah pun tak dapat memaafkan hatta kita membuat taubat nasuha sekalipun.

oleh yang demikian, harapan kami semoga seluruh kaum keluarga, sahabat handai serta kenalan yang mengenali dapat memaafkan kami dengan seikhlasnya, insya'allah.


so korang, macam mana sambutan raya?  best tak?  apa color tema baju raya tahun ni?  soalan cepugangsa setiap kali sebelum raya.  raya pertama tu mesti meriahkan?  memana kita pergi mesti nampak setiap keluarga tu sedondon je dengan warna yang sama.  rasa-rasanya, kat malaysia je yang macam tu kot?  hehe..!

baju raya kami sekeluarga tahun ni bertemakan warna kelabu.  sebenarnya, sejak raya tahun lepas lagi kitaorang dah plan nak pakai kelabu untuk tahun ni.

waris En. Abu Bakar
* Adam & Qaseh dah tukar uniform daa..!

kebetulan pulak masa boy kahwin hari tu tema kelabu.  apalagi, memang jimatlah.  tak payah beli baju lagi.  dan sudahnya mostly keluarga besar encik abu bakar pakai baju kelabu di raya pertama.  huhu!!!  memang meriah.  tapi tu lah kan…, terlupa pulak nak ambik gambar.  failed!

seperti hari raya tahun-tahun sebelum ni, pagi raya pertama kitaorang balik ke Kampung Sega, Rantau.  menziarah kubur arwah emak dan melawat saudara mara.  most of the time kitaorang akan lepak kat rumah pusaka uwan.  dan waghih-waghih akan datang berkumpul di situ.  senang kan, one stop center  ^_^

waghih Haji Dahlan
* sorry Azri, bilo crop, gambar ko dapek sobolah yo.  hehe.. ^_^


raya kedua kami ke rumah pusaka uwan sebelah ayah di Kampung Bongek, Rembau.  sambil tu, menziarah rumah Mak Lang jugak.  nasib baik sempat.  kalau tak, tengok rumah je lah sebab masa tu mak lang dah nak balik ke Seremban.  masa kitaorang datang tu, Kak Teh kena keluarkan balik balang-balang kuih yang dah disimpan dalam kereta.  hehe… i’m sorry!

bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...