Monday, July 29, 2013

Jalan Plumbum

ini kali kedua aku ke Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.  kali pertama dulu qila yang bawak.  kali kedua ni pun dia jugak yang bawak.  terima kasih miss qee!  ^_^


sebelum aku datang ke situ first time dulu, i didn't know what to expect.  tak boleh nak bayangkan!  but since i've been reading Hijabista & Nur magazines, aku tau lah serba sedikit yang kat situ banyak butik jual tudung & pakaian muslimah.


but once i was there, i know it is a shopping mecca for hijabistas!  a few online boutiques yang tersohor ada kat situ, antaranya Sugarscarf, Radiusite, Cala Qisya, El Zahraa & Dreemika.


selain butik menjual tudung & pakaian muslimah, fashion house yang memang sudah dikenali pun ada jugak kat situ, antara lain Ariani, Pearl Haya, Gulati's, Jakel & Zawara.


last saturday, masa kitaorang sampai situ masih awal, lebih kurang 10.15 am.  traffic pun nampaknya masih terkawal lagi.


miss qee & i pun went from one boutique to another.  we knew what we wanted, so kitaorang direct pergi butik yang kitaorang dah listed down je.  tapi kitaorang ada jugak singgah butik yang takde dalam list.


Miss Qee with Ana Abu
photo credit to Miss Qee

bukannya apa, nak jimatkan masa sebenarnya.  tak done kalau pergi setiap butik.  kalau nak singgah semua butik, mau sampai ke petang kitaorang masih kat situ lagi.


masa kitaorang pergi last time, dari pukul 12.45 tengahari sampai 6.00 lebih baru kitaorang bergerak dari seksyen 7 tu.  punyalah lama ok!

entrance to Allya Mysara boutique

aku takdelah shopping sangat pun sebenarnya.  beli apa yang takde je.  kenapa, tak percaya?  huhu...!!!  masa kitaorang nak balik lebih kurang pukul 2.15 pm, keadaan kat pusat komersial tu memang jammed.

antara hasil tangkapan pada hari sabtu  ^_^

masa mula-mula sampai tadi tak ramai orang.  bila dah tengahari, kelihatan orang lebih ramai daripada butik-butik yang ada.  dalam erti kata lain, nampak kepala manusia je.  hehe..!


jalan jammed pun mungkin sebab kereta bergerak perlahan nak cari parking.  tu pasal lah jammed kot.  tapi ada jugak para suami yang stay dalam kereta sementara menunggu isteri bershopping.  itu menambahkan lagi kesesakan sebab diaorang parking ikut suka hati je.


bila kitaorang keluar je dari pusat komersial tu, boleh nampak kereta-kereta diparking jauh sampai ke stesen minyak.  kalau aku lah kan, tak sanggup nak jalan kaki jauh-jauh macam tu!  *wink*

moral of the story:  keluar awal pagi kalau nak shopping raya ya  ^_^


2 comments:

  1. Nice heee.first time dtg shah alam..serius terpegun berderet butik butik online famous di situ.kelabu mata nak pergi mana satu. Tp poket kena tebal sikit la hee baru enjoy !

    Singgah dari iolacaviarofficial.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Hi Lola,
    Thanks for dropping by.

    Ya, betul tu. Tapi poket bukan kena tebal sikit, tebal banyak sebenarnya. Hehe.. (^_^)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...