Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 5, 2013

lawatan sambil bekerja (musim kedua)

ini kali kedua kitaorang ikut mr. hubby pergi outstation.  kali pertama tahun lepas.  lebih kurang waktu yang sama, iaitu cuti sekolah jugak.  kalau korang nak refresh balik, boleh baca kat sini

again, our destination is bandaraya bersejarah, melaka.  aku suka datang melaka.  tak rasa jemu pun.  for me, ada banyak benda yang boleh dilihat dan diexplore kat sini.


sesampai di bandaraya melaka semalam, kami terus ke hotel.  kali ni aku pilih a budget hotel ~ Fenix Inn.  walaupun budget hotel, ia telah tersenarai di tempat ke-12 di tripadvisor.  anyway, ingatkan boleh lah check-in awal.  tapi receptionist tu suruh datang pukul 2.00 petang.

memang masaklah aku kalau nak menunggu!  masa tu baru pukul 12.00 tengahari.  mr. hubby ada meeting dan lunch appointment.  so aku dan dina pun buatlah our own meeting dan lunch appointment.  hehe...

Photo credit to Fenix Inn

check-point yang pertama Aeon Shopping Centre di Taman 1 Lagenda.  sebenarnya, aku bukanlah nak pergi sangat ke aeon tu.  kat rumah aku pun ada.  huhu!!!  cuma aku nak pergi ke satu butik yang terletak betul-betul di depan bangunan aeon tu.

tapi sebelum tu kitaorang ronda-ronda dulu kat aeon.  bukanlah shopping pun, sekadar cuci mata je.  beli barang pun setakat snacks dan sehelai blouse *wink*  lepas lunch kat secret recipe, kitaorang pun bergerak ke butik tu.


JelitaSara ~ itulah nama butik tu.  sejak di awal penghijrahan aku 2 bulan lepas, aku dah start beli produk dari butik ni via online.  butik ni produces mostly layer hijabs.  selain tu ada shawls, instant hijabs, inners, syria hijabs & its latest product is tribal skirts.


aku kurang gemar tudung berlayer-layer ni.  pada pendapat aku, appearance aku akan kelihatan 'full' kalau pakai tudung berlayer ni, especially kalau banyak color.  tapi kalau cuma 2 color je dan takde corak-corak, aku boleh terima dan aku pun ada beli  ^_^


kat jelitasara ni aku paling suka dia punya tudung ekspress.  material dia berkualiti dan design dia pun cantik-cantik.  asyik nak beli je setiap kali dia keluar latest design.  so aku sempatlah rembat a few tudungs semalam.  dari jauh datang, takkan tak beli kan?  nanti karang teringat-ingat pulak.  huhu!!!

dari taman 1 lagenda kami naik teksi untuk balik ke hotel di Taman Melaka Raya.  mr. hubby pun dah checked-in dulu.  malam tu kitaorang tak keluar mana-mana pun sebab kepenatan.  tapi mr. hubby tapau makanan untuk kitaorang masa dia keluar dinner appointment.

bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...