Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 6, 2013

lawatan sambil bekerja (musim kedua) ~ part ii

pukul 9.00 pagi semalam mr. hubby dah keluar appointment.  aku dengan dina still lepak-lepak dan bermalas-malasan dalam bilik. bila agak-agak perut dah berkeroncong, barulah kitaorang keluar.


keluar pun bukan terus pergi makan.  dalam perjalanan menuju ke destinasi, kami melalui bangunan-bangunan lama yang penuh dengan sejarah.


most of the historical buildings in the tourist areas are museums.  tapi kitaorang tak masuklah, just lalu dan ambik gambar je.  kitaorang pun dah tak sabar nak menuju ke destinasi...


since our last trip, aku dah planned nak naik Melaka River Cruise.  masa datang tahun lepas tak sempat nak naik sebab tak tau jetinya di mana.  boleh macam tu?  hehe..

Photo credit to PPSPM

cruise tu akan menyusuri Sungai Melaka yang bermula dari Taman Rempah hingga ke muara sungai dan kembali semula ke tempat permulaan.


sewaktu menyusui sungai, akan kelihatan jalan-jalan di tepi sungai melaka dihias cantik.  macam dalam poskad kan?


bunga-bunga di dalam pasu yang diletakkan di kiri kanan sungai dijaga dengan baik.


bangunan-bangunan lama dicat semula supaya kelihatan cantik.  terdapat juga lukisan abstrak atau lukisan berupa pahlawan dilukis di dinding bangunan untuk menarik perhatian.


jika pun terdapat rumah-rumah persendirian di tepi sungai, persekitarannya turut dihias dengan diletakkan lampu-lampu jalan yang cantik.


antara tempat-tempat menarik yang dilalui cruise ini termasuklah Bandaraya Warisan Dunia, Kampung Morten, Kampung Jawa dan lain-lain lagi.


ketika menghampiri kawasan Kampung Morten, dari jauh kita dah boleh nampak atap-atap rumah yang sama saja warnanya, iaitu merah bata.


selain tu, kita juga akan bertemu dengan beberapa buah jambatan yang berfungsi sebagai tempat menyeberang bagi pejalan kaki.  jambatan-jambatan ini seakan-akan menambahkan lagi panorama ketika menyusuri sungai melaka.

bersambung.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...