Thursday, June 6, 2013

lawatan sambil bekerja (musim kedua) ~ part iii

lupa pulak tentang perut berkeroncong sebelum naik cruise.  bila dah turun dari bot, baru terasa lapar balik  ^_^  kitaorang pun tak sure nak makan kat mana.  kalau masuk mall, mostly fast food je yang ada kat situ.

sebenarnya, ada satu restoran ni yang menarik perhatian aku.  masa naik cruise tadi pun dah nampak sekali lagi.  so apa kata kita cuba makan kat situ?  ^_^


masa aku datang ke sini tahun lepas, Hard Rock Cafe ni takde lagi.  cuma ada kedai jual merchandise je.  so aku tanya pemandu teksi tu kelmarin, dia kata cafe ni baru bukak awal tahun ni.  ermm...  kira memang rezeki kitaoranglah agaknya kan...


cafe kat sini besar.  memang luas!  kalau tak silap, 2 tingkat.  tapi untuk life band performance, stage dia kat tingkat bawah.  walaupun begitu, ciri-ciri kemelayuan masih diterapkan ke atas cafe ni.  cuba tengok gambar kat bawah.  nampak kan tingkap kaca yang berwarna tu?  teringat rumah wan aku kat kampung...


by the way, cafe ni bukannya kat tapak rock shop yang dulu.  tapi masih dalam kawasan yang sama lah, lebih kurang 100-200 meter je jaraknya.  now rock shop ni sebelah cafe ni je.


kitaorang tak beli apa-apa pun kat rock shop ni.  nampak design t-shirtnya masih sama dan latest design pun kurang menarik.  t-shirt yang aku dan mr. hubby ada kat rumah pun masih ada terjual kat sini  :(


anyway, since dah lama takde entry gambar makanan kat blog ni, apa kata kita post kat sini?  ok tak cik ton..?  *wink*



so for lunch yesterday, dina telah mengorder Hickory BBQ Bacon Cheeseburger dan Strawberry Basil Lemonade.  air yang dina order ni masam.  mana tak, strawberry + lemon.  puas dia nak habiskan satu gelas tu!


aku pulak order Grilled Chicken Breast dan mango juice je.  nampak macam sikit, tapi kenyang.  kentang putar tu yang buat aku cepat rasa kenyang.


malam tadi kitaorang tak keluar jugak.  penat tau berjalan kat bandaraya melaka ni.  tapi mr. hubby siap tapau kan coconut shake, nasi lemak & mee hoon goreng masa dia balik ke bilik tengahari tu.  masa mr. keluar dinner appointment pun dia tapau kan prawn ball, vegetable taufoo & udang goreng tepung.  thank you mr. hubby!

bersambung.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...