Friday, June 7, 2013

lawatan sambil bekerja (musim kedua) ~ final

pagi semalam mr. hubby takde buat appointment supaya kitaorang boleh balik awal ke kl.  since kitaorang tak makan proper breakfast, mr. hubby bawak kitaorang makan tengahari awal.

sebelum ni aku ada beberapa kali mentioned tentang nak makan kat restoran masakan Minang.  since mr. hubby dah pernah makan kat satu restoran minang ni, so dia pun naklah introduce kat kitaorang.


after checking out, kitaorang jalan kaki je ke restoran tu, which is at the back of the hotel.  nama restoran tu Indori.  mungkin singkatan kepada 'Indo Original' kot.


restoran tu agak besar.  keadaan di restoran tu pun bersih.  masa kitaorang sampai, cuma satu meja je yang diduduki pengunjung.  atau itu tuan kedai?  ntahlah.


since itu restoran minang, menu utama ialah nasi padang.  mr. hubby memang bagi kuasa veto kat kitaorang untuk memilih.  apa lagi, aku dan dina pun pilihlah lauk-pauk yang kitaorang nampak menyelerakan.


lauk-pauk yang kami pilih ialah gulai ikan tenggiri, sambal daging, ikan keli goreng, sambal udang + kentang + telur puyuh dan goreng ikan bilis + tempe.


alhamdulillah, kenyang sangat.  terima kasih mr. hubby.  lepas ambik kereta kat hotel, kitaorang pun bergerak balik ke kl.


pada pendapat aku, lawatan sambil bekerja kali ni lebih interesting dari tahun lepas.  mana yang aku nak pergi, dah pun pergi.


apa yang aku nak tengok, pun dah terlaksana jugak.


insya'allah, kalau panjang umur dan keadaan mengizinkan, aku nak ikut mr. hubby untuk lawatan sambil bekerja ni lagi.


apa-apa pun, melaka memang best.  and there are still a lot more to explore...

"takkan Melayu hilang di dunia..." ~ Hang Tuah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...