Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 14, 2013

birthday treat

ahad lepas mr. hubby & dina celebrate birthday aku kat restoran india.  bila masuk office isnin lepas, sahabat kat office pulak belanja lunch.


sahabat aku kat office sapa lagi, cuma dak ziah dengan dak maliz je lah.  kitaorang tak pergi tempat yang jauh pun.  seberang jalan je, kat Old Asia Cafe, The Weld.


kitaorang selalu jugaklah makan kat restoran ni.  masing-masing pun dah tau sendiri punya favourite.  so bila waiter datang, cepat je kitaorang order.  tapi food sampai agak lambat sikit daripada biasa.


for appetizer, we ordered Deep Fried Tofu & Prawn Dumpling.  for main course, maliz & ziah ordered Mix Vegetable Stir Fry with Shrimp Paste dan aku ordered Thai Style Fried Kuey Teow.  aku ni macam takde makanan lain kan? ermm...  :(



sementara tunggu food sampai, maliz turun bawah.  bila dia datang balik, dia bawak 3 kotak kecil kek dari Secret Recipe.  kek Durian Cheese ialah favourite ziah.  untuk aku, maliz beli kek Turkish Indulgence.  kek ni sedap tau!  untuk diri sendiri, maliz beli Pecan Butterscotch.


kalau ikut plan asal, diaorang berdua yang belanja aku.  tapi bila dah balik office, maliz bagitau yang dia belanja kitaorang berdua.  belated birthday untuk aku dan birthday to-be untuk ziah.


to maliz, terima kasih banyak-banyak ya.  kek sodap.  kuey teow goreng pun sodap.  semoga rezeki ko berlipat kali ganda dimurahkan oleh Allah.  amin.

ni Maliz.  si Ziah tu camera-shy lah pulak...!

to ziah, selamat menyambut hari jadi pada 18hb April nanti.  semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki.  semoga selamat sampai di tanah suci untuk menunaikan umrah dan selamat kembali.  amin.

note to ziah:  doakan aku semoga dapat menjejakkan kaki ke sana satu hari nanti, insya'allah...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...