ada jugak di antara nama-nama tempat tu yang aku tak pernah dengar. korang mungkin pernah dengar, especially orang perak. tapi aku memang tak pernah dengar nama tempat seperti Mambang Di Awan? ko pernah?
kenapa nak pergi batu gajah? sebenarnya, aku dah banyak kali baca pasal satu tempat ni. tengok kat tv pun pernah, cuma tak pernah sampai je. tu dia... Kellie's Castle.
sampai di batu gajah, kami terus menuju ke Kellie's Castle, antara tempat yang dikunjungi ramai pelancong. tentu ada di antara korang yang dah pernah sampai kan? aku ni baru ni lah nak jejakkan kaki kat sini. isk, isk, isk, kesian...!
mengikut ceritanya, kellie's castle ni dibina oleh seorang Scottish planter bernama William Kellie Smith. ia mulai dibina pada tahun 1915 di kawasan estatenya yang diberi nama Kinta Kellas. malangnya, mansion tu tak dapat disiapkan bilamana beliau mati kerana pneumonia pada tahun 1926.
kawasan estate di mansion tu agak besar. kelihatan ada beberapa buah patio disediakan untuk kemudahan pelancong yang datang. nampaknya, taman di sekitar mansion tu pun dijaga dengan baik. ya lah kan, nak menarik pelancong datang.
mansion itu dibina berdasarkan kepada rekabentuk moorish. menara 6 tingkat turut serta dibina. walaupun mansion tu telah lama dan dimakan usia, kelihatan binaannya masih kuat dan utuh.
untuk cerita lanjut, korang boleh baca di sini. tak pun, google je kat internet. melambak, boleh baca sampai lebam. lagi pun, ceritanya ada macam-macam versi.
sampai jugak aku ke situ selepas lama tahu mengenainya. bolehlah bercerita kalau ada orang tanya. anyway, dari batu gajah, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu ipoh.
bersambung...
Salam, K.G...
ReplyDeleteRasenye, owang penah ternengok tempat nie kat tivi. Dorang dok sibuk carik momok kat sini... Hhahhhaaa.. X bawak balik sekor dua ker? ... ahhaaaa....
Mood:gelisah
salam luvelymummy,
Deletekan? dah banyak kali masuk tv. baru lah sekarang ni dapat melawat.
uisshh! jangan sebut pasal tu. akak masuk situ pun takut2 berani je tu. ada masa, meremang bulu roma...