Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 25, 2013

Teluk Intan, Batu Gajah & Ipoh

aku tak pasti sejak bila pulak aku dah start minat sejarah ni.  masa sekolah dulu, pantang bukak buku sejarah, mesti nak lelap je.  lagi satu kalau pergi bercuti, aku mesti nak tahu sejarah serta culture di tempat yang aku nak pergi tu.


lebih kurang sebulan sebelum pergi bercuti, aku dah start 'study' tentang sejarah dan culture kat sesuatu tempat tu.  jangan main-main, the key word is study ok.  huhu!!!  bukan setakat bercuti ke luar negara, kat dalam negeri pun sama jugak.


errm... sebenarnya, kitaorang baru je sampai rumah petang tadi.  we went for a very short trip to a few districts in perak.  dekat je kan?  semalam pergi, hari ni dah balik.  hehe..!


aku dah plan trip ni sejak tahun lepas.  memula plan nak naik keretapi express.  tapi tak jadi sebab fikir balik, naik kereta lebih save.  kita pun boleh plan ikut time kita sendiri.  nak pergi pukul berapa, singgah mana, nak balik pukul berapa, etc, etc.  so tu lah dia.  kiranya, baru tahun ni plan ni dapat direalisasikan.



bergerak dari rumah pagi semalam, kami terus ke Teluk Intan.  kenapa teluk intan?  aku nak melawat Menara Jam Condong.  tak dapat melawat Menara Pisa, menara condong pun jadi lah.  ^_^



untuk mengetahui lebih lanjut mengenai menara jam condong ni, korang boleh baca kat sini ya.  masa kitaorang sampai, ada jugak pelawat yang datang ke situ.  rombongan cik kiah lagi!



menara jam condong ni taklah tinggi sangat.  dari jauh kitaorang tak nampak pun menara ni.  dah dekat baru boleh nampak.  kitaorang naik jugak menara tu, tapi anak tangganya sampai tingkat dua je.




dah alang-alang pukul 12, kitaorang ingat lunch je lah kat teluk intan.  kalau nak makan kat destinasi seterusnya, takut terlambat sangat untuk makan tengahari.  so kitaorang pun singgah kat M. Ghulam Rasul.


menu kat restoran tu memang banyak.  nasi putih, nasi briyani serta lauk-pauk.  tapi menu goreng-goreng tak ready lagi.  dah pukul 12 pun, masih tak ready?  pelik!  selalu kedai mamak pukul 10.30 pagi dah ready segala dah.



anyway, dina makan nasi briyani kambing, aku makan nasi briyani ayam dan mr. hubby makan nasi putih+kari ikan+telur masin+taugeh.  brrppp...!  alhamdulillah.

as per itinerary, perjalanan diteruskan pula ke Batu Gajah.  ada apa kat situ?

bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...