Wednesday, March 27, 2013

Teluk Intan, Batu Gajah & Ipoh ~ part III

dari batu gajah ke Ipoh tak ambil masa yang lama. lebih kurang 15-20 minit je. tapi kitaorang tak pergi hotel terus. dalam perjalanan, kitaorang singgah kat rumah Suzi kat Desa Sri Ampang.


suzi ni mr. hubby punya cousin. mak suzi, Wah, ialah kakak kepada mil. dah alang- alang kat ipoh, kitaorang fikir memang patutlah singgah. kalau tak, tak tau bila lagi nak ke sana.

kitaorang sekejap je kat rumah suzi. lebih kurang sejam setengah. sekejap ke tu? :)  kebetulan hujan lebat lepas beberapa minit kitaorang kat situ. bila dah reda, baru kitaorang gerak ke hotel.


aku pilih French Hotel for our trip kali ni.  aku booked masa bulan februari lagi.  aku tak pasti hotel ni berapa star. ataupun takde star langsung. huhu! tapi dalam tripadvisor, it is ranked #2 among hotels in ipoh.


dari luar, hotel tu nampak biasa je. but the interior design is quite modern. jangan pandang luaran je ok. the room is nice, clean and chic. chic memang chic lah, tapi takde peti ais.  boleh?




i chose Deluxe Extra King room untuk kitaorang bertiga.  muat pun!  tak payah nak request extra bed or mattress lagi dah.  katil tu memang besar, soft & comfy.  best!  ^_^



hotel tu terletak di Jalan Dato' Onn Jaafar. lokasinya sangatlah strategik. sama row dengan hotel ada 7Eleven, The Store, kedai kek, restaurants, and etc. sederet kat seberang jalan ada KFC, pizza hut, Watsons, restaurants, kedai buku, salon, and etc. dengan kata lain, memang mudahlah!


cuma yang kurang mudahnya ialah parking. parking takde dalam hotel.  it is located selang satu blok dari bangunan hotel. tapi hotel ada sediakan payung kat lobby kalau-kalau kita perlukan.

lepas checked-in, aku dengan mr. hubby bersiar-siar sekitar bandar ipoh. cik dina tinggal kat hotel main iPad.



 aku suka tengok bangunan-bangunan yang masih lagi terpelihara dan mengekalkan ciri binaan kolonial seperti Ipoh Railway Station dan Ipoh Town Hall.



makanan pun senang nak cari kat ipoh ni. sama macam kl gak. pusing sini ada medan selera, pusing sana ada warung makanan. tapi dalam senang-senang tu, dinner malam tu kitaorang makan KFC je. paling senang!  hahaha!!!

bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...