Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 17, 2013

Sazali & Syidah

semalam kitaorang pergi wedding anak Cik Nab.  cik nab ni lah yang jaga dina.  dia jaga sejak dina umur dua bulan lagi.  so kira dina memang rapatlah dengan famili cik nab.


yang kahwin ni anak cik nab yang kedua, si Zali.  majlis diadakan di Ujana Harmonis Resort, Gombak.  ayah naik kereta dengan kitaorang ke majlis tu.


resort tu terletak di kawasan perumahan Taman Harmonis.  kitaorang tak pernah sampai ke sini.  kalau ikut map pun belum tentu jumpa.  nasib baik ayah ikut sekali.  dengarnya, ada jugak yang sesat-barat untuk sampai ke situ.

cik abang, apa tercegat lagi?  cepatlah mendaki  ^_^

sesampai kat situ, nak kena mendaki bukit pulak.  dari tempat parking, nampak macam landai.  tapi bila nak start mendaki tu, baru sedar bukit tu punya lah curam.  tertonggek-tonggek memasing mendaki.

sayup-sayup je nampak famili pengantin semasa mendaki

selepas bersalaman dengan cik nab, Pakcik Saad & Zailisma, kitaorang pun cari tempat untuk makan.  menu yang disediakan adalah nasi minyak & nasi putih, ayam goreng berempah, rendang daging, sambal sotong kering, dalca, acar timun, acar buah dan papadom.



untuk desserts, ada limau sunkist, bubur kacang, tapai pulut, teh tarik serta kerepek ubi sebagai kudapan.  habis makan, kitaorang tak terus balik.  kitaorang tunggu pengantin datang.



sebelum pengantin sampai, mil, boy & qila datang.  masa tu kitaorang kat rumah kecil bersebelahan dengan khemah.  rumah kecil tu best ~ ada aircond!  hehe..!


lagi pun, rumah tu cantik.  dari luar, nampak macam smoke house kat cameron highlands tu.  cuma tak sejuk je macam kat sana.


pengantin sampai lebih kurang pukul 2 petang.  kedua mempelai berpakaian serba putih, diiringi sanak-saudara dari sebelah pengantin perempuan.  diaorang terus menuju ke rumah kecil tu.


kat rumah kecil tu takde pelamin.  cuma ada meja utama iaitu meja makan pengantin serta kek 3-tingkat untuk acara memotong kek.  tapi ada disediakan sebuah bangku panjang yang cantik kalau ada yang ingin bergambar bersama pengantin.


masa nak balik kena menuruni bukit tu sekali lagi.  aku sempatlah snap gambar pemandangan dari bukit tu.


pemandangan kawasan perumahan.  dapatlah tengok rumah Dr. Mashitah dan arwah Sosilawati yang juga terletak di taman tu.


last but not least, selamat pengantin baru kepada zali & syidah.  semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...