Friday, March 8, 2013

90 minit Ustaz Don

hari rabu lepas buat julung kalinya Ustaz Don Daniyal datang ke ambank untuk ceramah.  sebelum ni ada jugak ustaz yang dikenali ramai macam Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Badrul Amin and a few more yang datang bagi ceramah.

dua hari sebelum ceramah, AJK surau ada hantar email.  muslimin dikehendaki pakai baju putih dan muslimah pulak pakai baju hitam.  tak tau lah kenapa, mungkin untuk senang bezakan kot.  tapi aku tengok mostly diaorang tak ikut tema pun.  tak sporting diaorang ni!


by 12.45 p.m. nampak dewan dah penuh.  kitaorang yang dah sedia ada kat barisan yang paling depan ni, disuruh ke depan lagi oleh ustaz don.  "biar ramai lagi boleh masuk dewan", katanya.  sementara itu, kitaorang diberi satu badge ustaz don setiap seorang.  sesapa yang lambat tu, mintak mahaplah yo.  tak dapek den nak nolong.


tajuk untuk ceramah hari tu ialah 'Sunnah Yang Ditinggalkan'.  antara sunnah yang ustaz don sebutkan ialah:
1)  amalan rukyah ~ amalan melindungi diri dengan ayat-ayat Al-Quran
2)  berakhlaq baik ~ mencontohi akhlaq Rasullullah
3)  membaca Al-Quran ~ dibaca sekerap yang mungkin, fahami dan amalkan


setiap dari sub-topic tu, ustaz explained dan cerita kisah-kisah Rasullullah yang berkaitan dengannya.  lawak jugak ustaz ni.  banyak kali jugaklah dewan riuh-rendah dengan gelak ketawa kitaorang.

antara peserta yang menghadiri ceramah
*GambarHiasan*

mungkin itu salah satu tekniknya supaya kitaorang tak bosan dan mengantuk.  dan tak hairan jugaklah jika ada yang mengatakan ustaz don adalah satu fenomena baru.

apa-apa pun, ceramah dari ustaz don memang menarik.  kalau biasa kat tv Al-Hijrah dia cuma bersiaran selama 30 minit je.  tapi kali ni 90 minit rasa macam tak cukup.  nak terus-terusan je dengar dia berceramah.

itulah penangan ustaz don daniyal.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...