Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 3, 2013

makan untuk hidup

lepas habis meet-the-fan session dengan jericho last friday, aku jumpa mr. hubby kat kl sentral sebab nak balik sama-sama.  mr. hubby kerja kat bangunan sebelah tu je.


since tekak aku masih rasa perit kesan daripada banyak menjerit tengok si jericho, aku ajak mr. hubby pergi minum.  nak bagi tekak lega sikit.  sakit woo...!  mr. hubby suggested kitaorang ke secret recipe.  mak ok jer.  hehe...


aku ingatkan nak minum je untuk basahkan tekak.  sekali mr. hubby order food jugak daa...  apa lagi, Thai Seafood Spaghetti satu!  huhu!  air pulak aku order Orange Apricot Slushie.


mr. hubby ordered Special Beef Noodle dan Iced Lemonade.  lepas habis makan terus je balik.  tak bersiar-siar pun kat kl sentral tu.  bagi aku, macam takde apa-apa yang menarik untuk dilihat.

**********

pagi semalam kitaorang ke tesco.  sebelum tu, singgah breakfast dulu kat Restoran Awwal Maju, Ampang Putra.  ni first time kitaorang datang area ni semata-mata untuk makan.


cuma setakat ni aku tak pernah lagi letak gambar makanan kedai mamak kat blog ni kan?  tapi tu tak bermakna aku tak pernah makan kat tempat-tempat macam ni.  dah banyak kali ok?


cuma kat kedai mamak susah sikit nak ambik gambar.  orang sentiasa ramai.  mak segan nyah!  tapi semalam kat kedai tu tak ramai orang.  so senanglah sikit kerja.  dina pun siap cakap, "mentang-mentang kedai mamak, tak pernah pun ambik gambar".  ha... ni nak ambiklah ni.


kitaorang order 2 roti canai, 1 roti pisang, 1 maggi goreng, 2 telur setengah masak, teh o ais, teh o limau panas dan air suam.  kenyang sampai tengahari!  tapi gambar roti pisang dan telur tak sempat snap.  bila dah habis baru teringat.

kita makan untuk hidup.  not the other way round.  betul kan?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...