Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 3, 2013

tinggal berdua

biasanya mr. hubby pergi outstation during week days.  tapi kali ni dia pergi masa weekend pulak.  lebih tepat lagi, pergi jumaat malam dan balik isnin pagi.  kalau week days tu tak terasa sangat sebab waktu siang aku kerja, so waktu malam je tak jumpa dia.


tapi bila mr. hubby takde waktu weekend, terasa lama betul masa tu berjalan.  rumah pun agak sunyi sikit.  3 orang pun tak berapa nak bising, tinggal 2 orang apatah lagi.  dan aktiviti weekend ku pun agak terbatas jugak.  hehe...


bila weekend, biasanya waktu pagi mr. hubby akan pergi beli breakfast.  aku ni tak kuasalah nak keluar rumah sesudah subuh kan.  hehe!  since aku teringin nak makan french toast sejak hari tu lagi, so sabtu pagi tu aku dengan rela hati bukak dapur.  senang cakap, masak roti telur je sebenarnya.  saje je nak poyo cakap omputih.  huhu!!!


tengahari pulak kitaorang makan kuey teaw goreng.  kuey teaw tu aku goreng untuk makan tengahari hari jumaat, tapi tak habis.  banyak lagi balance.  so sambung makan untuk lunch hari sabtu ya anak.


hari sabtu selalunya kitaorang dinner kat rumah mil.  since mr. hubby takde, kitaorang pun takde lah ke sana.  for your info, dinner kat rumah ni teramat ringkas.  disebabkan teramat-amat ringkas, kitaorang makan apa yang ada je.  rutin tu tetap sama walaupun mr. hubby takde.  aku makan roti dan dina makan lasagna.  mudah kan?  ^_^

********************

pagi tadi aku gagahkan diri keluar beli breakfast.  baru ku sedar betapa gagahnya aku.  huhu!!!  ayah aku ada kat rumah, so dengan rela hati aku pergi beli.  aku beli nasi lemak, beehoon goreng, pau kacang merah, donut & popia.  ha... cukup sampai tengahari!  :)


tapi tengahari tadi ayah ada jemputan kahwin.  so aku dengan dina pun cuba nak perabihkan baki makanan dari breakfast tadi.  tapi itu pun tak habis jugak.  and dina still wanted to order food for delivery.  anak sapa lah ni???  ok, boleh order.  cover sekali dengan dinner, hokeyyy.  selesai masalah!

can't wait to have mr. hubby back in the house.  miss kita mahal ko...


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...