Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 14, 2013

The Odd Life of Timothy Green

cuti CNY yang panjang hujung minggu lepas memang membosankan!  mana taknya, tak pergi ke mana-mana pun.  dan takde aktiviti langsung.  terperap je kat rumah.  bak kata orang negeri sembilan, memang basau lah!


apa-apa pun, hari cuti yang terakhir tu telah diakhiri dengan sedikit bermakna apabila menonton The Odd Life of Timothy Green di astro first.  filem ni dah available for a few months dah kat astro.  tapi baru ni lah aku berkesempatan nak tengok.  korang dah tengok ke?

Photo credit to Rotten Tomatoes

aku interested nak tengok filem tu sejak ternampak preview dia.  nampak menarik.  anyway, filem ni bergenre fantasy drama.  boleh lah untuk release tension.

tapi ada jugak part dalam filem tu yang sedih.  touching tau especially part Timothy nak meninggalkan family dia.  aku ni jenis gembeng, cepat menangis.  tengok cerita yang tak logic macam tu pun boleh menangis.  hehe…  ^_^

Photo credit to Rotten Tomatoes


namun, filem tu jugak ada menyelitkan sedikit moral buat penonton.  contohnya macam kita kena terima seseorang tu seadanya walaupun dia pelik.  kena berlaku jujur walaupun tak semua orang boleh terima.  yang selebihnya korang boleh tengok filem tu.  tak pun, google je kat internet ya  :)

errr... better late than never ~  Gong Xi Fa Cai!!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...