Thursday, January 24, 2013

Persepolis

aku jarang makan kat luar masa lunch time.  ada masa cuaca tak mengizinkan.  kadang-kadang tu takde geng.  tapi yang sebenarnya... malas nak berjalan.  hehe..!  selalunya tapau je.  tapi kelmarin aku saja tanya k.maliz kot-kot dia nak makan kat luar.  dia ok.  so kitaorang pun keluar lah.  tak jauh pun, sebelah bangunan je.



kitaorang ke Persepolis di Menara MPL.  kitaorang dah pernah datang sini masa restaurant tu mula-mula bukak dulu.  masa tu menu tak banyak lagi.  sekarang dah beraneka jenis dah.  dulu cuma ada main dish dan snacks je.  now ada makanan breakfast, appetizer serta salad.  dessertsnya pun dah banyak variety.


suasana kat restaurant tu agak cozy, but a bit warm.  mungkin air-cond nya kurang kuat.  selain memainkan lagu-lagu light & easy, ia turut diselang-selikan dengan iringan piano by a Chinese girl.  masa kitaorang sampai dia takde pun.  atau mungkin dia cuma main piano masa lunch je kot.  ntah!


the restaurant serves mostly Persian food.   masa datang sini dulu kitaorang pernah order PSL Pizza.  sedap pizza tu.  so ingatkan nak order lah, tapi waiter tu cakap tak available.  tak cukup bahan!  dia suggest Chicken & Mushroom Pizza.  dah lapar kan, so ok jer lah.

Chicken & Mushroom Pizza

tapi kena tunggu 20 minit!  sementara nak tunggu pizza tu masak, kitaorang order pulak PSL Chicken Sandwich dan French fries.  kita makan dulu!  bijak.., bijak...  hahaha!!!

PSL Chicken Sandwich ~ separuh k.maliz dah makan  ^_^

makanan kat situ ok lah, ada improvement.  aku ni bukan penggemar makanan middle east, so tak boleh nak komen lebih-lebih.  aku rasa ok je.  kalau tak, takkan kekenyangan sampai ke malam.  huhu!!!  tapi kitaorang tak habislah makan pizza & French fries tu.  siap tapau bawak balik lagi.  tu lah, bijak sangat!


masa kitaorang kat situ, cuma 4 je meja yang ada pelanggan, termasuklah kitaorang.  2 daripada meja tu kaum dia jugak.  di restoran tu kelihatan ada beberapa buah shisha.  so we expect after office hours atau waktu malam baru ramai pelanggan kot.

apa-apa pun, it was an experience for me.  dah kerap sangat makan thai food, sesekali beralih angin ok jugak.  so lepas ni mungkin boleh cuba makanan Arab ke, Lebanon ke, ataupun Syria pulak.

tapi kalau ada restoran thai kat sebelah restoran middle east tu, agak-agak aku pilih restoran yang mana?  ^_^



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...