Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 20, 2013

a certain shade of green

tak tau nak cerita apa hari ni.  bila takde cerita, mula lah cari handphone.  cari kalau-kalau ada gambar yang boleh dijadikan entry.  yes, ada!

so for this entry, aku ingat nak letak gambar tumbuhan atau pokok atau bunga yang pernah aku snap gambarnya.  tapi bukan kat rumah aku ya.  rumah aku cuma sekangkang kera je, mana nak tanam pokok bunga ni semua ~ alasan je tuh!  so read on....  ini entry paling bosan hokey!


dah lama jugak aku ambik gambar pokok-pokok ni.  seingat aku, masa aku cuti panjang tahun lepas.  bila aku balik office je, aku nampak pokok ni semua ada dalam washroom.  nampak washroom berseri sikitlah sebab ada tumbuhan hijau.  terus aku snap.  tapi masa tu aku sorang je dalam washroom.  malu lah pulak kalau ada orang lain.  kang orang ingat aku buang tebiat pulak.  hehe...


bila kita tengok pokok-pokok ni, mata akan rasa lega.  sebenarnya, tumbuhan hijau boleh merehatkan mata.  mana taknya, asyik menghadap screen komputer je.  boleh rabun tau!  tapi sorrylah sebab tak sertakan nama pokok-pokok tu.  korang google lah sendiri ya.  aku pun tengah google gak ni haa!


gambar bunga kat bawah ni pulak aku ambik kat reception area dept aku.  bunga kat meja receptionist ni ditukar tiap-tiap minggu.  so setiap hari isnin, akan diganti dengan jambangan yang baru.


ada masa cantik, ada masa *toot*  kebetulan pulak gubahan bunga untuk minggu tu nampak macam ok, terus aku snap.  takde lah cantik sangat pun kan...  kira bolehlah dari biasa.


gambar taman kat atas ni aku ambik masa sectaries luncheon kat shangri-la tahun lepas.  cantik tamannya.  tak tau nak tepek gambar ni kat mana.  nak buang, sayang.  so aku masukkan lah ke entry ni.  ada gak pekdahnya!

aku suka lihat kehijauan tapi tak suka langsung makan sayuran hijau!  ^_^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...