Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 1, 2013

bag-up plan

kalau sebelum ni kita cerita pasal beli baju online, now kita cerita pulak pasal beli beg online.  setakat hari ni, aku pernah beli beg secara online sebanyak 2 kali je.

first bag beli kat Endless dua tahun lepas.  sebetulnya, aku dah survey dulu bag tu kat kat pavilion, tapi kat pavi cuma tinggal color purple je.  aku tak naklah purple, susah nak matching.  then aku survey kat endless, rezeki aku ada color brown.  so aku pun rembat lah.  in short, memang aku suka sangat kat Bow Wow Wow Linda tu.





second bag aku beli tahun lepas, pun kat Endless jugak.  nampak dalam website bag tu cantik.  tapi bila sampai kat tangan aku, designnya tak menepati ramalan.  ramalanku silap belaka.  nak pakai pun rasa menyampah!

kenapa?  mana tak, punyalah bagak!  bukan setakat boleh masuk dompet, handphone case dan coin purse je.  aku siap boleh masukkan payung, ubat-ubatan dan iPad lagi.  sebuku roti Gardenia tu pun boleh muat hokey!  bila dah macam-macam boleh sumbat ke dalam bag tu, rasa menyampah dah bertukar jadi suka pulak.  hehe...


sebenarnya, aku yang silap sebab tak tengok measurement betul-betul.  walaupun dibuat dari nylon, bag tu nampak cantik dan comel dalam website.  aku yang memang suka kan bag hobo fikir harganya sangat reasonable.  dengan tak sabar-sabar, terus je rembat.  amek ko!!!

so now kalau nak beli handbag online, aku fikir banyak kali jugaklah.  to be on the safe side, mungkin korang boleh survey kat butik dulu.  pergi butik, cuba atas badan sendiri, tengok sizenya sesuai ke tidak.  then baru beli online.


tapi tak dinafikan beli online ni harga lebih murah berbanding butik.  ya lah kan, butik tu nak bayar sewa kedai, gaji pekerja dan tax lagi.  tu pasal mahal.  beli online ni, cuma perlu tambah shipping dan tax.  some online merchants ada handling fees.  details tu semua boleh tengok sebelum buat payment masa nak checkout.

bag kedua aku beli tahun ni bukan secara online.  aku beli masa ke JB bulan Jun tahun lepas.  kebetulan pulak bag yang aku pakai masa tu talinya putus, nak tak nak kena lah beli baru kan?  hehe...


bag ni takde brand ya.  mak tak kisah nyah!  aku beli kat salah satu kedai dalam the Zon Mall.  dalam banyak-banyak bag, itu je yang aku nampak ok.  ok tak?  huhu!!!  bag ni nampak besar, tapi dalamnya kecik.  tak boleh isi banyak-banyak.  sudahnya, aku jarang pakai bag ni.

sebelum 2012 menutup tirainya, aku telah terbeli satu bag dari cap kereta kuda.  terbeli?  hahaha!!!  ^_^  sebenarnya, dah lama aku mengidam bag ni.  setahun nok!  anyway, bag ni agak besar.  lebih kurang sama size macam Classic Q Hillier Hobo yang aku ada.



bezanya ia bukan full leather.  ia diperbuat daripada nylon with leather trimmings.  walaupun nylon, it is quilted.  tu yang buat aku suka sebab ia nampak lain dari bag nylon yang biasa.  aku anggap Madison Quilted Chevron Lindsey ni sebagai hadiah untuk diri sendiri untuk tahun 2012.  yeay...!

terima kasih banyak-banyak kepada tetamu yang sudi singgah di blog ini dan dan selamat menyambut tahun 2013.  semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya, insya'allah.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...