Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 23, 2012

morning with the Cullens

after a month in theatre, baru lah hari ni berpeluang menonton The Twilight Saga:  Breaking Dawn Part 2.  this is the fifth and final installment of the twilight saga film series.  so wajib tonton ok.

Image credit to Latino Review

aku memang saja je ambik my own sweet time to watch this movie.  pada aku, as long as aku tau the movie is still in theatre, aku takde lah rush.  tapi bila dah sebulan tayangannya, aku notice banyak panggung dah tak tayang.  tgv wangsa walk dan mbo galaxy ampang dah takde dalam schedule dah.
 
Image credit to Latino Review

so nak tak nak, kenalah ke pavilion pagi tadi.  aku dah siap-siap beli tiket online hari jumaat hari tu.  hall yang disediakan pun kecik je.  tak sampai setengah panggung yang menonton tadi.

Image credit to Latino Review

apa-apa pun, aku suka finale twilight saga ni.  walaupun aku tak pernah baca buku tulisan Stephanie Meyer, aku puas hati with how the film ended.  happy ending ~ yeay...!  tapi ada jugak part yang aku rasa tersentuh, especially bila Bella were having a talk with her father.  sedih wei! 

********************

lepas menonton, kitaorang jalan-jalan di sekitar tingkat 6 pavilion.  kitaorang jarang naik sampai tingkat 6.  paling tinggi pun tingkat 4.  takde apa nak cari tinggi-tinggi tu.  tapi tadi dah alang-alang sampai situ, ronda je lah.


aku tak tau pun kat pavilion tu ada Tokyo Streetmemang ada ke, atau sekarang sedang promosi?  sorry, aku pun tak pasti.  kalau betul lah memang ada, aku lah yang ketinggalan.


antara barangan daripada jepun yang dijual disitu ialah cosmetics, accessories, toys, perkakas rumah dan lain-lain.  makanan pun ada jugak seperti rice cake, sushi, ais krim dan roti.  tapi hati-hati bila nak masuk restoran ya, ada yang non-halal.

dah agak lama tak pergi pavilion. nampak ada a few kedai baru bukak kat situ macam Victoria's Secret dan Hackett.   kedai yang dah tak wujud kat situ pun ada jugak.


dari tingkat 6, kami ke Food Republic.  singgah jap kat The Cocoa Trees dan J. Co.  then terus ke pepper lunch untuk makan tengahari.  ini kali kedua kitaorang makan kat sini.


kitaorang suka makan kat sini.  menunya simple tapi sedap dan mengenyangkan.  lagi pun, tak crowded macam restoran yang lain.


sebelum balik singgah pulak kat Sticky.  last but not least, thank you to mr. hubby sebab sudi bawak kitaorang tengok wayang dan menonton bersama-sama ~ walaupun dia kata cerita tu merapu!  ^_^

"nobody's ever loved anybody as much as i love you" ~ Edward Cullen


1 comment:

  1. Sy mengambil tempahan menjahit manik,membuat veil pengantin dan sewakan veil..
    jemput2 jenguk blog utk gmba2..
    htpp://washura.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...