Saturday, December 22, 2012

in the closet

"takde bajulah...".  korang pernah tak macam ni?  bila nak keluar je, korang kata takde baju.  ha... aku nampak korang senyum tu.  jangan tak mengaku ya.  padahal nya baju penuh satu, dua, tiga almari tu haa...

walaupun aku perempuan, aku sendiri pun tak faham kenapa aku macam tu.  aku rasa macam baru je pakai baju-baju yang ada tu.  kalau boleh, tiap kali nak keluar, mesti nak baju baru.  bluekkk!  ko ingat ko anak jutawan?  ada hati nak propa.


sebenarnya, aku tak rajin nak pergi dari satu kedai ke satu kedai nak cari baju yang berkenan.  masa muda-muda dulu rajin lah  ^_^  nak cari kedai, nak pilih baju, harga satu hal lagi.  kalau ada baju yang berkenan tapi harga tak berkenan, macam mana tu?  nak kena cari kedai lain pulak kan?  adoi.. lotih akak dik!


oleh yang demikian, sekarang ni aku telah menjadi pengunjung tetap kedai-kedai online.  senang ko!  klik mana yang berkenan, pilih size, cari harga yang mampu dan terus beli.  all the comfort of home.

so far, adalah beberapa helai blouse dan baju kurung aku dah beli secara online.  gambar dalam website dengan baju sebenar, ok dan menepati piawaian aku.  aku suka lah.  terpaksa suka sebab duit dah keluar!  huhu!!!  tapi beli secara online ni ada masalah sikit.  masalahnya ialah size.


size kena tengok dan ukur betul-betul.  kalau salah size dan boleh return, takpe.  kalau tak boleh, dah dua masalah kat situ.  kalau boleh return, size yang korang nak takde pulak, tambah satu lagi masalah.  apa-apa pun, sebelum beli pastikan kedai online tu has a return policy ok.


antara online shop yang ada return policy kat malaysia ni ialah Fashion Valet dan Zalora.  ada lagi online shop yang ada return policy, cuma dua ni je yang aku tau.  anyway, fashion valet is more on the high-end category and exclusive.  in other words, designer brands.

Photo credit to Zalora

meanwhile zalora yang sedang popular giler sekarang ni has a more wide and extensive range of products ~ from fashion, shoes, accessories to beauty products, also with designer brands.  service kedua-duanya pun very good.  super fast and efficient.

handbag pulak ok tak kalau beli online?  ok, tapi di post yang lain lah kita cerita pasal beli beg online pulak ya. 

selamat beronline shopping!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...