Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 2, 2012

destinasi cinta bersama airasia

perghhh!  tajuk tak boleh blah!  hahaha...!!!  tak tau nak bagi tajuk apa.  kebetulan masa aku start buat entry ni, baru lepas menonton destinasi cinta Natasha Hudson & Carleed Khaza.  malas nak fikir, terus je aku taruh tajuk tu  ^_^

dan secara kebetulan jugak kitaorang baru je menaiki pesawat airasia pagi tadi.  so la ni aku nak cerita dan share pasal percutian kami yang cuma sependek 4H3M tu.   flight ke situ cuma dijejaki oleh airasia je.  syarikat penerbangan yang lain tak sampai ke sana.  so last thursday kami pun diterbangkan ke Chiang Mai.

Photo credit to Takeaway, Wikipedia

dah lama teringin nak ke sana.  tambahan pulak chiang mai telah terpilih di tripadvisor Travelers' Choice 2012 sebagai salah satu di antara top 25 best destinations in the world.  wajib pergi tu...!

sesampai di sana, kami terus ke hotel.  seperti biasa, selepas meneliti beberapa reviews di tripadvisor, i chose Dusit D2 hotel for our stay in chiang mai.  it is located in the famous Chang Klan Road, in the heart of downtown chiang mai with the burstling night bazaar and close to the Ban Haw mosque.  kalau dah dekat masjid, makanan halal tentu lah senang dapatkan?  itu makan dia!!!
 
Photo credit to dusitD2

masa check-in, budak front office tu tak cakap apa-apa pun.  tapi heran gak sebab dia siap bawak kitaorang untuk tunjukkan bilik.  sesampai je kat bilik, baru dia bagitau yang kitaorang diupgrade dari Deluxe room ke Studio Suite without extra charges.  alhamdulillah, sekali lagi.
 
Photo credit to dusitD2

kitaorang memang happy sesangat.  terima kasih Allah.  rasa macam tak nak keluar dari bilik.  tapi kena keluar jugaklah sebab perut dah lapar.

 
 
hari yang kitaorang sampai tu, chiang mai was celebrating Loy Krathong for the third day.  kira hari penutup lah.  aku pun memang ada terbaca pasal parade yang akan diadakan malam tu.  tapi tak sure samada dapat tengok ke tidak.  baru sampai, keadaan sekeliling pun tak familiar lagi.


tapi dari dalam bilik boleh nampak banyak lantern yang dilepaskan ke udara.  bunyi mercun pun banyak jugak.  gambar kat atas ni adalah gambar lantern di udara yang aku ambik guna handphone cap ayam.

Photo credit to Takeaway, Wikipedia

tapi kalau kita sendiri tengok kat tempat di mana semua lanterns tu dilepaskan, gambar adalah seperti di atas.  haa... ni gambar pinjam dari pakcik wikipedia ya.

kitaorang cari halal food kat Anusarn Market sebab aku dah survey kat situ ada a few halal restaurants.  mostly cuisinenya thai food ~ of course dan middle-eastern food.


agak-agak dah pilih yang mana menarik, kitaorang masuk ke Roummit 2.  dina and i ordered fried rice.  mr. hubby pulak makan nasi putih.  then kitaorang ordered tomyam, dumpling & omelette udang kering.  makanan memang sedap, tapi sampai habis makan omelette tak sampai-sampai.  sabar je lah.


lepas makan, berjalan-jalan di sekitar bazaar.  ada banyak bazaar kat chang klan road tu.  Kalare Market, anusarn market, to name a few.  suasana kat bazaar malam tu memang meriah.  ramai orang even though weekday.  atau pun mungkin sebab mostly nak pergi ke tebing Ping River nak tengok lanterns dilepaskan.


kitaorang cuba jugak nak ikut orang dan cari mana sungai tu.  lanterns makin banyak dilepaskan.  dah berjalan agak lama pun tak sampai-sampai lagi ke tebing sungai.  ponek acik!  so kitaorang pun patah balik ke chang klan road.  sekali ternampak ada parade kat Tha Pae Road.  apa lagi, kitaorang pun berlari-lari budak ke situ pulak.


masa tu parade baru je lalu kat situ dari Tha Pae Gate.  dapat jugak aku tengok.  takpelah tak dapat tengok lanterns dilepaskan.  dapat tengok parade pun dah cukup dah.  puas hati.

bersambung.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...