Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 3, 2012

destinasi cinta bersama airasia ~ part ii

untuk hari kedua di chiang mai, aku dah arrange private tour untuk aktiviti hari tu.  tour guide akan datang pukul 8 pagi waktu tempatan.  aku fikir mesti tak sempat nak pergi breakfast.  so malam tu aku siap-siap order room service.


tapi tak bolehlah nak order lebih-lebih.  menunya agak mengerikan.  hehe..!  so kitaorang ordered roti, cereal dan fruits je.  itu pun tawakal pada Allah.

tour guide sampai tepat pukul 8 pagi.  since kitaorang cuma 3 orang, aku ingatkan dia bawak kereta je.  sekali bawak Era Komuter Premier Van 13 seaters daa....!  tak kisahlah tu.  so kitaorang pun memulakan perjalanan ke utara, iaitu Chiang Rai.


dalam perjalanan, singgah kejap di Mae Kajan Hot Spring.  kata tour guide, Mr. Nok, air panas kat perigi tu panasnya mencecah 120 darjah!  kata nya lah.  kalau dia tipu, tipulah aku.  hehe...  tak berani nak pergi dekat, takut kena tempias.  kurang saham nanti.  huhu!!!


kalau nak rendam kaki pun boleh.  tapi bukanlah kat perigi tu.  karang ko tinggal tulang kering je pulak karang.  tempat untuk rendam kaki ada disediakan berdekatan dengan kedai-kedai yang terdapat kat situ.  ha... bolehlah rendam kaki di situ selama mahumu.  tak panas sangat pun, suam-suam kuku je.

sekejap je kitaorang kat situ.  lebih kurang 5 minit kot.  perjalanan diteruskan lagi.  kali ni ke Wat Rong Khun a.k.a White Temple.


temple yang keseluruhannya berwarna putih ni direka oleh Chalermchai Kositpipat.  ia dibina bercirikan gabungan Buddha & Hindu dengan sentuhan contemporary.  for your noting, kitaorang tak masuk pun temple tu.


anyway, untuk memasuki temple, pengunjung akan melalui laluan seperti jambatan yang agak lebar.  di kiri & kanan laluan tu terdapat ukiran berbentuk tangan.  mungkin tu seni lah kot.  but for me, it looks creepy.


kawasan persekitaran temple dijaga dengan bersih.  tamannya pun cantik.  mr. hubby kata, toiletnya bersih sesangat.  kena bukak kasut dulu, tapi disediakan selipar untuk masuk.  terdapat jugak ikan koi di dalam kolam di situ.


seterusnya kami menuju ke Mae Sai.  mae sai is the northenmost district in chiang rai province.  sesampai di mae sai, kami singgah lunch di Nada Muslim Food.  our mr. nok awal-awal lagi dah order yellow rice & ox tail soup.  dia tak tau nak order apa untuk kitaorang, so dia suruh kitaorang order je apa yang nak.  best tuh!


makanan wajib ialah tomyam gung.  we also ordered stir fried beef with holy basil and crispy fried fish with salad on top.  as usual, dina ordered shrimp fried rice.  sedang berselera makan, tak semena-mena hujan turun.  according to mr. nok, it was unusual to rain at that time of the year.

Photo credit to Johnwxh30, Wikipedia

lepas lunch, hujan renyai-renyai.  kitaorang tetap meneruskan perjalanan ke bandar mae sai.  mae sai is a major border town between thailand and myanmar.  hasrat hati nak jugak menyeberang ke sempadan, tapi masa tu hujan turun semula.  bolehlah kalau nak singgah.  tapi dengan hujannya, payung pulak takde, nak melepasi immigration lagi, baik cancel je lah.

Photo credit to Oatz, Wikipedia

dari mae sai, kami menuju ke Golden Triangle.  golden triangle adalah titik pertemuan di Sungai Mekong di antara 3 negara ~ thailand, myanmar & Laos.  to get a clearer picture, korang boleh tengok gambar kat atas.  yang ada 2 pokok tu ialah thailand.  the sand cape in the middle is in myanmar.  and the opposite shores is in  laos.

the building with the red roof is in Laos

setakat nak pergi ke pulau kecik yang berpasir tu apa barang kan?  tapi bot ada disediakan kalau nak menyeberang ke laos.  kelihatan ada beberapa jenis bot yang digunakan.  tapi kalau untuk kitaorang bertiga, kata mr. nok, bot yang kecik macam gambar di atas akan digunakan.  eeiii... tak berani nok!


kat golden triangle ni, ada jugak bazar.  barang-barang yang dijual sama je macam yang dijual kat night bazar.  jadinya kitaorang tak beli apa-apa pun.  hati dah ingat nak balik ke hotel je.  tapi masih ada satu tempat lagi yang kami nak lawati sebelum balik ke chiang mai.

as per itinerary, dari golden triangle kami melalui kota lama Chiang Saen.  chiang saen has a city wall surrounding the historic town, but the fourth "wall" is formed by the mekong river.  those are ruins from the 14th century chiang saen kingdom.

Karen Long Neck Village
~ by the way, that guy is Mr. Nok

our last itinerary was visiting the hill tribe village.  there are a few hill tribes in thailand such as Akha, Yao, Mong, Karen, etc, etc.  tempat yang kami pergi tu ada akha dan karen long neck tribes.

2 orang gadis Karen Long Neck

we paid entrance fee to enter the village.  menurut mr. nok, each hill tribe village yang ada kat tempat yang dilawati pelancong mempunyai 'majikan'.  hill tribe people tu bekerja untuk majikannya.  dan village tu umpama 'zoo' ~ untuk dilawati & ditonton oleh pelancong.

seorang gadis sedang menyiapkan selendang

di dalam village tu ada bangsal yang menjual barang-barang hasil kraftangan.  penjual semuanya sang isteri & anak gadis, sementara si suami bekerja di ladang atau construction site milik majikan.  hasil jualan diserahkan kepada majikan dan hill tribe people cuma mendapat sedikit sahaja sebagai upah.  tak sangka, di zaman yang maju dengan sains & teknologi ni, masih ada lagi slavery. 

dari chiang rai, kami terus pulang ke chiang mai.   tak sabar rasanya.  it was a long day.  kami dah penat.  katil pulak seakan memanggil-manggil.

bersambung....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...