Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 5, 2012

destinasi cinta bersama airasia ~ part iii

hari ketiga di chiang mai acara bebas.  disebabkan semalam dah penat seharian, ketiga-tiga kami berehat tak hengat!  makan je apa yang ada untuk breakfast.  lepas breakfast rehat lagi.  selepas zohor baru keluar.  zohor kat sana lebih kurang pukul 12.15 p.m.


memula ingat nak naik tuk-tuk ke Tha Phae Gate.  tapi bila tanya front office staff, dia bagitau kalau jalan kaki it will take between 10-15 minit je.  langsung je lah kitaorang jalan kaki.  cuaca memang panas.  mana tak, berjalan masa matahari tengah rembang.  bertasik ketiak dibuatnya!

model dapat job kat overseas  ^_^

aku nak pergi tha phae gate sebab ia salah satu landmark yang penting di chiang mai.  wajib visit ok.  it is chiang mai's main entrance to the old walled city.  in days gone by, it was the gate through which traders, diplomats and monks passed when they had business in the city proper.


hari ini, pembangunan serta kepesatan di sekitar the old moated wall have grown.  chiang mai kini telah menjadi bandar yang lebih besar with much more business conducted on the outside of the wall than on the inside.


masa berjalan melalui Tha Phae Road, mata melilau je tengok kiri kanan.  mana tau, kot-kot ada kedai yang menarik  *wink!*  so waktu on the way nak balik ke hotel, kitaorang pun singgah di beberapa kedai.  mana-mana yang berkenan tu, beli je lah.  huhu!


dengan keadaan yang panas tu, tekak cepat kering.  so apa kata kita minum dulu!  hehe..  aku pernah terbaca recommendation di tripadvisor tentang satu kedai ni .  masa lalu tadi aku dah nampak, so aku pun ajak mr. hubby & dina singgah.

Photo courtesy from Raming Tea

nama kedai tu Raming Tea House Siam Celadon.  dari namanya je kita boleh tau yang kedai tu menjual teh serta barangan ceramic.  but the ceramics are more on the celadon type.

Photo courtesy from Raming Tea

selain 2 items tu, kedai tu juga menyediakan light healthy meals, a bakery and an ice-cream parlour.


sekadar nak membasahkan tekak kan, so kitaorang ordered Green TrioBerry Smoothie, Lime Soda and 2 scoops of chocolate ice-cream.  just to let you know that the cafe is a lovely old colonial style tea room and garden.


decoration kat cafe tu memang dihias cantik.  tapi kat area menjual ceramic tu tak boleh ambik gambar.  kat area cafe tu yang boleh.


lepas makan, kami balik ke hotel sebab nak simpan barang.  lepas tu keluar semula ke night bazaar yang tak sampai 50 langkah dari hotel.  dah namanya night bazaar, mana ada orang meniaga waktu siang.  masa tu baru pukul 3.30 p.m.  so kitaorang pun berjalan-jalan di chang klan road dan kawasan di sekitarnya.


kami melalui halal street di Charoenprathet Road, Soi 1.  di soi ini juga terletaknya Banhaw Mosque.

Masjid Hadayatul Islam Banhaw

mostly restoran yang terdapat di soi ni adalah halal.  kami pun sempat singgah makan di restoran Khao Soi Islam.  kat restoran ni specialty nya ialah curry noodle Khao Soi, originates from the Yunnanese-Chinese Muslims.


at about 5.30 p.m. kita boleh nampak kedai-kedai di bazaar sudah mula dibuka.  bila kita datang nak membeli, diaorang akan layan dengan baik.

kalau kita adalah first customer pada petang tu, berapa harga yang kita mintak, pasti peniaga tu bagi.  kira macam pembuka rezeki lah supaya lebih ramai lagi pelanggan datang.  peniaga tu siap tepuk-tepuk duit yang kita bayar tu kat barangan jualannya.


dah habis membeli barang, aku dan mr. hubby pergi ke massage parlour untuk urut kaki, kepala & bahu.  murah kau, RM18 sejam!


lepas massage, rasa macam lapar pulak.  so kitoarang tapau roti pancake untuk alas perut.  then balik ke hotel cepat-cepat sebab nak kemas barang.  esok pagi dah nak balik kl   yahoo!

bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...