Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 1, 2012

saengil chukha hamnida

Allah selamatkan kamu.  Allah selamatkan kamu.  Allah selamatkan alya irdina.  Allah selamatkan kamu.  happy birthday dina.  semoga menjadi anak yang baik & mendengar kata kedua ibu bapa.  amin.


hari ni dina memasuki usia 13 tahun.  dah besar dah anak aku.  dah jadi anak dara sunti.  so bila dah besar ni, jangan nakal-nakal lagi ya.  biar muka tak cantik, tapi perangai elok, ok?  ^_^


tahun ni dina request nak celebrate birthday kat Fullhouse Cafe.  dia dah bagitau sejak birthday tahun lepas lagi.  sebenarnya, kitaorang dah pun pergi ke cafe tu semalam.  hari ni dia plan nak pergi rumah kawan for hari raya open house.


walaupun ada outlet kat wangsa walk, we went to the outlet in Jalan Yap Kwan Seng instead.  konon-konon nak ambik gambar kereta kat depan kedai tu, tapi salah outlet daa...!  outlet yang ada kereta warna pink tu kat Giza Sunway Mall.  aduyai...


anway, interior kat dalam cafe tu cantik & comel.  wall dan furniture berwarna putih, chandeliers yang cantik serta gambar-gambar kartun yang comel.  in other words, it's a sweet mix of Victorian-esque decor.  selain f&b, cafe tu jugak ada jual pakaian ala-ala vintage serta cenderahati yang comel-comel like mugs, notebooks, keychains, fashion accessories dll.


birthday girl was given an honor nak pilih makanan dulu.  so dina telah memilih Sauteed Smoked Chicken Sausage with BBQ Glazed, Rosella Spaghetti &  chocolate iced blended.


walaupun bukan birthday, kitaorang nak makan jugak.  hehe...!  so aku telah mengorder Deep Fried Soft Shell Crab, Grilled Mix Seafood & lime juice.


mr. hubby ordered Oyster Mornay, Pan-Sear Dory Fish & sea coconut juice.  mintak maaf ya kengkawan, of late ni banyak pulak entry pasal makanan.  habis diet ai!  huhu!!!


kalau diikutkan, ada banyak lagi angle yang nak dicapture di cafe tu.  aku fikir nak ambik gambar lepas habis makan nanti.  tapi masa kitaorang sedang makan, makin ramai pulak pengunjung yang datang.  segan pulak nak ambik gambar  ;)


yang kitaorang ralat sekali sebab tak order desserts. masa mula-mula order food, rasa tak sabar sebab dalam menu semua desserts nampak cantik & sedap.


tapi bila dah habis makan, rasa macam tak boleh.  birthday girl surrender, gua pun surrender!  tak boleh nak sumbat lagi. dah kenyang dowh!


anyway, the portion of the food were quite generous.  taste of food was not bad.  the environment was calm & cozy.  cuma outlet tu mungkin kena buat refurbishment sikitlah kot.  you can see signs of old & tired in some parts of the cafe.


apa-apa pun, thanks to mr. hubby kerana merealisasikan impian dina nak makan kat sini on her birthday this year.  we know we can count on you.  te amo...


today, birthday girl kurang sihat.  dia kena flu.  so hari raya open house pun dia tak pergi.  tapi dia request aku masak nasi goreng tomyam hari ni.  best!  ai suka.

happy birthday dina.  semoga sentiasa di dalam lindungan Allah.  mama & papa sayang dina ketat-ketat  ^_^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...