Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 28, 2012

an evening in The Gardens

last friday barulah plan aku dengan Miss Qee a.k.a qila menjadi.  punyalah lama planning, sejak sebelum puasa lagi.  kalau tunggu hari bekerja, qila busy sangat sampai susah nak ambik cuti.  since kitaorang pun cuti panjang sempena hari raya, memang cantik lah tu.

Image credit to The Gardens

aku ajak qila ke The Gardens Mall & Mid Valley Megamall sebab aku ni agak susah nak ke sana.  tau-tau lah kenapa kan.  aku pernah ke gardens sekali je masa mall tu baru-baru bukak dulu.  "takde apa kat situ", kata mr. hubby.  masa tu aku tau, alamatnya mr. hubby takkan nak ke sana lagi lah lepas tu.

kitaorang takde plan nak shopping pun, cuma cuci mata je.  lagi pun, aku nak survey satu handbag jenama *toot*.  nak pastikan yang bag tu bukan setakat cantik dalam gambar je.  hehe...  cerewet makcik ni tau!

deco at Delicious Cafe

sebelum window shopping lebih lama lagi, aku ajak qila pergi makan sebab aku dah kebulur ~ belum makan lunch!  lagi pun, makan untuk hidup kan?  ^_^  after a few days of lemang, rendang, nasi himpit & kuah kacang, we decided to go to Delicious Cafe ~ a cafe with modern continental cuisine.


cafe tu dihias sederhana je.  tapi nampak comel dengan furniture in white colour.  anyway, qila telah mengorder Watermelon & Lychee Blast and Rustic Mushroom Soup.  itu je?  biar benar budak qila ni.  cukup ke?  katanya dah kenyang sebab masa lunch dia makan mekdi.  oh... patutlah.  hehe..!



aku yang sedang lapar macam singa masa tu telah mengorder pineapple juice dan Spicy Seafood Spaghettini.  qila kata spaghetti tu sedap & itu favourite dia.  ok, nanti kita cuba ya, sedap ke tidak...  :)


aku jugak telah mengorder Thai Beef Salad as appetizer.  nak jugak!  aku memang tak boleh tinggalkan makanan thai hokey.  thai food sentiasa di hatiku.  huhu!


desserts kat cafe tu nampak cantik-cantik belaka.  tapi tak tau lah sedap ke tidak kan?  so kami telah pun mengorder Bread Butter Pudding.  nampak fluffy & sedap!  ^_^


overall, the food was very nice.  sedap dan boleh diterima akal.  aku ada akal ok?  cuma satu je yang aku tak puas hati, pineapple juice.  takde rasa nenas pun.  apa kes?  anyway, kalau ada sesapa from the cafe terbaca entry aku ni, harap diaorang boleh improve lah jus nenas tu ya. 

selepas kenyang, aktiviti diteruskan lagi dengan berwindow shopping.  dan telah terjumpa satu butik ni ~ Eggs.  cantik-cantiklah baju kat situ.  size pun available.  terus rembat 2 helai apparels.  dasar kan?  pantang jumpa!  hihi!

note i:  qila, thanks for being a good partner-in-crime  ^_^
note ii:  luvelymummy, jangan jealous ya.  next time kita keluar sama-sama ok  :)


4 comments:

  1. Cisttttt!! Nampakkkk x muke skunk nie... Tengah senyummmm dlm tangisan nie..... UuuwAaaaaaaa.....geeeeegreeegreee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! nanti kita plan lah ya. kamu stay jauh sangat. tapi budak2 boleh ke tinggal dgn LD? :)

      Delete
  2. selamat hari raya juane...jemputlah datang rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati, selamat hari raya aidil fitri. maaf zahir batin. kalau berjalan2 ke area sana, mungkin boleh singgah. kalau dtg area sini, jemput dtg rumah ya :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...