Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 16, 2012

kemaafan dendam yang terindah

kalau penghujung ramadhan hari tu tak sabar nak beraya, esok bulan syawal dah nak meninggalkan kita.  tapi sebelum aku menulis dengan lebih panjang, aku nak mintak maaf.  maaf zahir & batin.

untuk apa?  untuk apa-apa jugak kesalahan aku kat korang.  mungkin tanpa aku sedar dan tak sengaja.  tapi kalau agak-agak aku macam sengaja je tu, aku mintak maaf banyak-banyak ya.  lidah & telinga ni memang susah nak dikawal.


bukan apa, takut tak sempat je.  takut tak sempat mintak maaf dengan sesiapa yang aku pernah buat silap & salah.  kita tau Allah itu Maha Pengampun, tapi manusia???

aku sedar aku ni masih banyak kelemahan & kekurangan.  mungkin ada yang akan kata, "diri sendiri *toot*, ada hati nak bagi nasihat."  ha, mesti ada tu!  tapi aku rasa tak salah kalau aku ada info nak share kan?

Photo credit to Republika Online

"Berkata Imam Nawawi:
Taubat daripada segala dosa adalah wajib. Sekiranya maksiat tersebut hanya di antara hamba dan Allah Taala iaitu tidak berhubungkait dengan hak-hak anak Adam, maka terdapat tiga syarat:

1.Meninggalkan maksiat.
2.Menyesal dengan perlakuan tersebut.
3.Berazam tidak akan mengulanginya lagi untuk selama-lamanya.

Sekiranya gugur salah satu daripada syarat tadi maka taubat tersebut tidak sah.

Jika maksiat itu berkaitan dengan anak Adam, maka syaratnya ada empat iaitu tiga yang disebutkan tadi dan keempatnya ialah pelepasan daripada tuan empunya. Jika harta atau sebagainya maka hendaklah dikembalikan kepada tuannya. Jika ia berkaitan dengan anak Adam tidak kira apa jua seperti menuduh atau seumpamanya, hendaklah kita meminta maaf kepada sesiapa yang telah kita lakukan dosa."

Photo credit to Pakcik Google
 
entry ini untuk peringatan diri aku jugak.  aku masih lagi belajar menjadi seorang wanita yang baik.  belajar menjadi seorang isteri yang solehah.  belajar menjadi seorang muslimah sejati.  insya'allah.

sentiasa ingatkan diri supaya bermaaf-maafan dengan jujur & ikhlas.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...