Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 20, 2012

kembara di aidilfitri

hari ini, yakni hari raya kedua, kami pulang ke kampung aku lagi.  hehe..  tapi kali ni ke kampung ayah di Kampung Bongek, rembau, negeri sembilan.  nama kampung yang paling popular di rembau.  tak percaya?  try google!

asal-usul nama kampung ni korang boleh baca di sini.  tapi kalau malas nak baca, in a nutshell:  bongek = bonchah + hangek.  aku pun baru hari ni tau pasal benda ni.  nak kena buat research nampaknya ni.


rumah arwah uwan ni sama jugak macam rumah pusaka kat kampung sega ulu.  ada bahagian atas dan bahagian bawah.  most of the time aktiviti banyak dilakukan di bahagian bawah.  bahagian atas tu berguna bila kenduri-kendara atau bila ramai anak-cucu bermalam di situ.


aku tak done nak ambik gambar banyak-banyak.  keadaan sekeliling tidak mengizinkan.  next time bila aku cerita pasal kampung lagi, aku akan masukkan lebih gambar ya  :)

theme color for the day:  brown

sebelum mengundurkan diri, tuan punya blog ada gambar nak enterframe kat sini.  kalau semalam dengan anak dara, hari ni dengan mr. hubby.  jangan marah...!  ^_^

kembara aidilfitri akan diteruskan ke tanah adat temenggung.  Taiping, here we come!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...