Saturday, August 25, 2012

from Taiping with love ~ part ii

dinner malam tu, boy bawak kami ke Kuala Sepetang nak makan mee udang.   kuala sepetang memang popular dengan mee udangnya.


from my reading, ada banyak restoran atau warung mee udang di sepanjang jalan taiping-kuala sepetang tu hinggalah ke pekan kecil kuala sepetang.  restoran yang kitaorang pergi tu namanya Restoran Mee Udang Mak Jah di Kampung Menteri.


main ingredient untuk menu kat kat restoran tu tentulah udang.  antaranya mee udang, mee udang special, nasi goreng udang, nasi goreng udang special, kuey teaw goreng udang, mee goreng udang dan lain-lain.  mana-mana menu yang special tu sebab ada lebih udang.  itu je.

 
yang kat atas tu mee udang biasa.  yang biasa pun dah banyak udang, apatah lagi mee udang special.  kat bawah ni pulak nasi goreng udang special.  nampak 2 ekor udang je kan?  sebenarnya lebih banyak udang dari nasi.  udang-udang tu menyorok kat bawah nasi tu.  kalau tak silap, lebih dari 10 ekor udang.  *pengsan*


kalau nak makan udang je pun boleh.  ada udang goreng kunyit, udang goreng tepung, sambal udang, etc, etc.  tapi takkan nak makan udang je kot?  tentu nak makan dengan nasi kan?  lobih sodap!  hehe..!

Miss Qee & MIL

Yeen, Zam, Qiesya & mr. hubby
 
Hakeem, Dina & Rayyan

by the way, kalau korang nak makan kat restoran ni, kena banyak bersabar ya.  kenapa?  aku tak naklah mention kat sini.  biar korang sendiri yang alami pengalaman kitaorang.  atau mungkin pengalaman orang yang lain jugak.  ^_^

center of attraction

kitaorang balik ke hotel malam tu dengan perut kenyang. bila kenyang perut, tentu lah suka hati kan? huhu...!

bersambung.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...