Monday, June 4, 2012

lawatan sambil bekerja ~ part iii

mr. hubby ada satu lagi site visit yang dia kena pergi.  so after checking-out pagi semalam, kitaorang breakfast kat luar hotel.  ada banyak gerai menghadap laut kat area Stulang tu.  mee hoon soto dan lontong kering jadi pilihan.

then kitaorang bergerak ke Masai.  aku tak pernah jejak kaki ke masai, so rasa macam lambat je nak sampai.  jauh tu wei!


sementara mr. hubby jumpa client, aku ambiklah gambar kawasan persekitaran.  takde apa yang interesting, cuma kampung biasa je.  tapi rupanya ada tempat kat malaysia ni yang tak pernah aku tau namanya.

korang pernah dengar nama tempat Kong Kong?  ;)

about 30-45 minit kat masai, we detoured to Kulai ~ ke rumah Pak Usop.  dah alang-alang ikut jalan dalam instead of highway, we decided to singgah sekejap.  we passed by pekan kulai sebelum sampai Kelapa Sawit.


aku pernah ronda-ronda kat pekan tu dengan Rozi & Tati masa zaman sekolah dulu.  tapi sekarang dah banyak berubah.  ada bangunan-bangunan tinggi dan department store.  cayalah!


dari rumah pak usop, bermulalah perjalanan kami ke kl.  sampai r&r Pagoh, singgah beli buah-buahan.  macam beli banyak sangat.  beli jambu air je pun.


our last pit stop was seremban.  la... dah dekat nak sampai kl pun nak menyinggah lagi?  ^_^  mr. hubby bawak kitaorang dinner di Restoran Kampung Lobak Thai Seafood & BBQ.  ala... restoran yang dia selalu tapau food untuk kitaorang tu lah.


masa tu masing-masing tengah kelaparan.  bagai pucuk dicita, ulam mendatanglah kan.  foodnya memang terbaek!  cuma tomyamnya agak pedas untuk tekak aku.  anyway, thank you mr. hubby.

moral of the story.  ada moral ke?  hehe...  in my opinion, lawatan sambil bekerja ni ada pro & con lah.  pro ~ sambil bekerja, family boleh ikut sekali.  accommodation dah save di situ.


con ~ bila ada change of itinerary.  kita sebagai pelawat kena ikut jadual orang yang bekerja lah kan?  so kalau dah itinerary changed/meeting cancelled, plan si pelawat pun automatically terkensel jugaklah  :(  mak ralat nyah! 

note:  Zimah, selamat pengantin baru.  semoga kekal hingga ke akhir hayat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...