Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 18, 2012

jalan-jalan utara

sabtu kelmarin kami ke utara.  tapi taklah sampai ke perlis, setakat di penang je.  tercapai jugak plan tahun lepas hendak ke sini.  hooray!

kitaorang ke sini sebenarnya memenuhi jemputan kahwin.  ada majlis kahwin anak kepada kawan mr. hubby di penang office, Haji Haizan.  majlis diadakan di dewan orang ramai, Kampung Baru, Sungai Ara di Bayan Lepas.


food ok ~ nasi minyak & nasi hujan panas, ayam goreng berempah, daging masak berkuah dan pasembur.  pencuci mulut pulak ada limau mandarin & bubur pulut hitam.  then ada laksa penang.  tak pernah lagi aku pergi rumah orang kahwin ada laksa.  korang pernah?  open house adalah.

hotel's lobby

dari bayan lepas, kami ke hotel.  the hotel is located in Gurney Drive.  since aku buat reservation for standard executive room, we were brought to 15th floor for check-in.  while waiting at the executive lounge, we were offered welcome ice creams.


then bila front office staff datang nak bagi kunci bilik, dia bagitau we were upgraded to suite.  perghhh!  tak pernah dalam hidup aku stay kat suite.  speechless kejap.  padahal dalam hati rasa nak melompat.  so L Suite adalah bilik kitaorang sabtu lepas  ^_^

the hall

L suite tu macam rumah, tapi versi mini.  by the way, aku kalau bab-bab pilih hotel ni, agak choosy sikit.  bukanlah nak hotel 5 bintang der.  hotel takde bintang pun boleh.

the room

tapi sebelum buat keputusan nak stay kat mana, aku akan refer di TripAdvisor dulu.  then baru decide.  kalau boleh, memanglah nak pilih hotel yang rank from 1-10.  tapi hotel-hotel tu selalunya mahal belaka.  mak tak mampu nyah!

the bathroom

kekdahnya, aku pilih hotel yang aku paling mampu, tapi masih dalam rank yang baik.  itu je.  we pay for service & comfort kan?  bila kitaorang bercuti ke mana-mana pun, aku lah decision maker untuk hotel.  setakat ni, mr. hubby & dina puas hati dengan hotel yang aku pilih.  hehe..


agak-agak dah cukup rehat, kitaorang keluar jalan-jalan di kawasan sekitar hotel.  hotel ni bersambung dengan shopping mall.  itu salah satu criteria yang penting hokey?  jalan-jalan cuci mata, sambil beli a few knick-knacks.


dari situ, we went to gurney drive hawker street which is next to the mall.  macam-macam ada.  laksa penang, pasembur & char kuey teaw jangan tanya lah, melambak.  pilih je nak gerai mana.  kitaorang tapau je ~ nasi goreng kerang/udang, char kuey teow, pasembur & satay kambing.

lepas makan, mata dah layu.  penat berjalan seharian.  zzz...

bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...