Thursday, June 21, 2012

jalan-jalan utara ~ part ii

... sambungan ~ sorry lambat, busy der!

bangun pagi ahad tu macam malas je nak bangkit dari katil.  lebih-lebih lagi bila kitaorang nak kena check-out hari tu.  rasa sayang nak tinggalkan rumah kecil tu. hehe..!

view from the room window

balik dari breakfast di executive lounge, terus pack barang nak balik.  kitaorang tak tunggu pukul 12 baru nak check-out sebab plan nak singgah di beberapa tempat dalam perjalanan ke kl.  about 10.30 pagi, kami meninggalkan hotel.  ada rezeki, mesti nak stay kat sini lagi.

ini makan dia...!

dari hotel, kami ke Hard Rock Hotel di Batu Ferringghi.  kitaorang ke hard rock shop nak tengok kalau-kalau ada yang berkenan.  sambil tu, snaplah apa-apa yang menarik di sekitar hotel biar boleh masuk dalam blog ni.  :)


sebelum meninggalkan penang, kami ronda-ronda sekitar George Town, terutamanya kawasan yang telah  diisytiharkan sebagai Penang Heritage City oleh UNESCO.



melihat bangunan-bangunan lama di Little India, Chulia Street, Jalan Kapitan Keling and etc, etc.  gosh, i just can't remember!

Eastern & Oriental Hotel

harap maaf, gambar agak kabur ya gara-gara jerebu.  ingatkan nak lari dari jerebu kat kl, rupa-rupanya jerebu dah sampai sana daa...

Mesjid Kapitan Kling

seterusnya, meneruskan perjalanan pulang ke kl.  plan asal nak lunch kat r&r Bukit Gantang, tapi mr. hubby kata food nampak tak menarik.  then nak singgah di r&r Gunong Semanggol, pun tak jadi jugak.  last sekali exit di Kuala Kangsar.  aku memang teringin nak ke sana pun.  harap-harap adalah tempat makan yang menarik.  ;)


sampai jugak aku di bandar diraja perak ni.  di kuala kangsar, kami drive-thu di tempat-tempat menarik & bersejarah.  ko ingat mekdi je ada drive-tru?  huhu...!


melihat-lihat kawasan luar pagar Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Menara Jam serta Istana Kenangan yang dikenali sebagai Muzium Diraja Perak yang sedang dalam pembaikan.


aku ralat sebab tak dapat singgah lama kat sana. masa tu memang kitaorang rushing sebab dah petang dan dina pulak nak sekolah esoknya.  tu yang rushing tu.

dari kuala kangsar, kami melalui jalan lama ke Ipoh.  konon-konon nak cari tempat makan lah.  haram! banyak kedai makan kat sana yang tutup hari ahad.  kat sini je restoran bukak 24/7!  masa berhenti kat satu traffic light di Tasek, ada satu restoran yang menarik perhatian mr. hubby.


Mee Rebus Ramli nama restoran tu.  dah tentulah main dishnya mee rebus kan?  ada makanan yang lain jugak, but very limited.  takde makanan goreng-goreng macam yang kita suka makan tu.  disebabkan lapar, belasah je lah. pukul 5 petang baru lunch ko!



dari tasek, terus shoot ke kl.  sampai setiawangsa, singgah di Bangi Kopitiam untuk dinner.  nak jugak!  ini makan dia..!  sampai rumah about 10.00 pm.  lepas mandi, ada hati nak update blog.  tapi dok tersengguk-sengguk depan laptop.  piraaah!

next royal town?  ermm...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...