Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 31, 2012

lawatan sambil bekerja

cuti sekolah ni plan asalnya nak ke utara.  aku dah plan trip tu sejak tahun lepas lagi.  tapi kita cuma mampu merancang kan?  so now, here we are in bandaraya bersejarah ~ Melaka.  since mr. hubby ada site visit ke sini, aku dan dina pun ikut sekali.  mr. hubby pergi kerja, kitaorang bersiar-siar.  not a bad idea right?  ;)

view from our room in Jalan Parameswara

we reached the hotel quite early this morning, about 11.00 a.m.  lucky enough, there was available room and we were allowed to check-in early.  bolehlah berehat sekejap sebelum meneruskan pengembaraan.

looks like a smaller version of our room in ascott makati  ^_^

since mr. hubby dah pergi appointment pukul 12 tadi, aku dan dina pun start our adventure at about 2.00 p.m.  dari hotel, kami berjalan ke A'Famosa dan mendaki bukit St. Paul.




seterusnya ke bangunan The Stadhuys serta kawasan persekitarannya.  kincir air pun ada tau!


dari situ, kami menyeberang Sungai Melaka untuk ke Jonker Street.  tapi tak explore seluruh jonker street lah.  setakat tepi sungai dan pintu gerbangnya je.  hehe..!


di situ, kelihatan deretan-deretan rumah kedai yang telah lama dibina masih dipelihara dan di'facelift'kan supaya dapat mengekalkan nilai sejarah bandaraya ini.  ada yang dijadikan restoran, hotel, kedai souvenir dan sebagainya.


sekali ternampak Hard Rock Cafe Melaka daa...!  tak sangka ada hard rock kat melaka nih!  tapi takde cafe lah, cuma shop je.  dah terang-terang tulis 'Rock Shop' kat pintu masuk tuh!


sebelum balik ke hotel, kami melepasi Menara Taming Sari.  tapi tak naik pun.  then singgah di Dataran Pahlawan Megamall untuk makan di Mcdonald's.  macam lah takde mekdi kat kl!  yang menariknya, kat sini boleh refill soft drinks.  kat kl ado?

sampai hotel hampir 5.30 petang.  punyalah lama kitaorang berjalan!  kat bilik, terdapat kesan mr. hubby singgah di bilik.  tak lama lepas tu mr. hubby balik before his dinner appointment at 7.00 p.m.  tinggal lagi kitaorang berdua.

one of the restaurants at the hotel

8.30 p.m. aku & dina pergi semula ke dataran pahlawan nak cari barang.  sekejap je pun, tak sampai 15 minit.  tak lama lepas tu mr. hubby balik dari appointment.  aku & dina tak makan dinner lagi, so we ordered from room service je.  now masing-masing dah kepenatan.

selamat malam.  zzzzz.....


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...