Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 15, 2012

Bunohan

baru selesai menonton 'Bunohan' di astro first.  filem dalam dialek kelantan ini agak 'sadis' bagi aku yang kurang gemar filem bergenre tragedy.


aku baru boleh faham ceritanya selepas menonton dua kali.  ia mengisahkan tentang pertalian yang rumit di antara 3 orang adik-beradik.  walaupun ceritanya nampak simple, tetapi setiap watak di dalam filem tu berkait-rapat di antara satu sama lain dengan masalah & konfliknya sendiri.  dan ending nya sungguh tragic.


for me, aku suka filem ni.  lain dari yang lain.  takde heroin yang cantik glamour.  dan takde kisah cinta yang asyik-masyuk.  pada pendapat aku, nama-nama besar di dalam industri seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Namron, Wan Hanafisu, Soffi Jikan dan lain-lain berjaya membawakan watak masing-masing dengan berkesan.  tahniah!

menyampah tengok pekin dalam filem tu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...