Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 4, 2012

jalan-jalan Ranah Minang ~ part V

...sambungan

selepas sarapan, kitaorang jalan-jalan di sekitar hotel.  konon-kononnya nak pergi kedai handbag yang betul-betul di depan hotel tu, tapi tak bukak pulak.  ya lah kan, mana ada kedai bukak sebab baru pukul 7.30 pagi (waktu tempatan).


kitaorang jalan ke depan sikit dan sampai di objek wisata Taman Panorama.  taman panorama is a tourist spot in the city of bukittinggi with a beautiful view over the ngarai sianok.


Ngarai Sianok (Sianok Canyon) adalah sebuah lembah curam yang kedalamannya sekitar 100 m - 120 m.  dan ia membentang sepanjang 5 km dengan lebar sekitar 200 m.


underneath taman panorama are Lobang Jepang (Japanese Tunnels).  ia dibina ketika pendudukan jepun di indonesia pada perang dunia kedua.  tapi kitaorang tak masuk pun lubang jepun tu.  just ambik gambar kat pintu masuk nya je.


kebetulan di taman panorama tu ada satu barisan kedai yang menjual barangan sulaman seperti telekung, kain ela, t-shirt serta souvenir.  apa lagi, kitaorang tak rela nak lepaskan peluang.


walaupun wang rupiah tinggal beberapa helai je lagi dalam purse, maka nya haruslah tawar-menawar ke tahap maksimal.


lepas checked-out, kami dibawa ke Hajah Rosmah Embroidery.  di rumah cum kedai ni, selain menjual kain ela bersulam, alas meja & tudung, ada juga menganjurkan kelas belajar sulaman selama 3 bulan.  kepada yang berminat, asrama ada disediakan.


seterusnya kami melawat sebuah iks bernama Kiniko Home Industry yang terletak di Tabek Patah dalam daerah Tanah Datar.  antara barangan hasil tani yang dijual di sini ialah pelbagai jenis kerepek seperti kerepak malinjo dan kerepek jagung.


but the specialty prducts are Pisang Sale, Kopi Jahe dan Ramuan Pinang. kami pun sempat menjamah kopi/tea serta pisang sale yang diberi percuma.  selain dari makanan & minuman, industri itu juga menghasilkan selipar dan beg yang diperbuat daripada kertas (lihat gambar).


pemandangan di sekitar perkampungan tabek patah memang indah.  menyusuri tanah tinggi yang berliku hingga kami terlihat pemandangan sebuah batang (sungai) yang sangat cantik.  macam dalam poskad kan?


tengahari itu kami makan di Pondok Flora.  resto ini dikelilingi oleh sawah padi dan kolam ikan.  lauk yang aku paling suka kat resto tu ialah rendang daging.  sangat ori ok.  habis makan nasi, makan durian yang dibeli dalam perjalanan tadi.  macamlah takde durian kat malaysia.  hi..hi..!


perjalanan diteruskan ke Tanjung Emas di Batusangkar.  batusangkar is an old small town which is a centre of the ancient minangkabau culture.  ketika mukhlis memberhentikan van, kami hanya dapat melihat Istano Silinduang Bulan yang sedang dalam pembaikan dari seberang jalan je.


tidak sampai 5 minit perjalanan, kami sampai di Istano Basa Pagaruyung.  pagaruyung is the historical site of a minangkabau kingdom in the 14th century.  kami tak dapat masuk ke dalam istana kerana ia juga masih dalam pembaikan setelah berlaku kebakaran pada tahun 2009. 


tempat terakhir kami lawati sebelum meneruskan perjalanan ke padang ialah Tasik Singkarak.  tasik ini adalah tasik yang kedua terbesar di sumatera.  waktu kami sampai di situ, ramai budak sekolah sedang mandi-manda.  mungkin sebagai aktiviti hujung minggu kot.

di kiri-kanan jalan kelihatan ikan bilih dijemur

ada beberapa jenis ikan yang hidup di tasik ini.  tapi sejenis ikan yang dipanggil 'ikan bilih', which is an endemic fish species is expected to live only in this lake.  ntah ler.  nampak macam ikan tamban je  ;)

kami sampai di padang lebih kurang pukul 4.40 petang dan checked-in di Hotel Bunda.  malam terakhir tu we had dinner at Restu Mama.  resto ni menghidangkan nasi padang secara buffet.  yang menarik tentang resto ni sebab dia ada serve cucumber juice.

soto & cucumber juice

selepas makan, kami bersiar-siar di padang beach, padang old town and Siti Norbaya Bridge.  disebabkan gerimis, kami cuma bersiar-siar dengan van aje.  nak ambik gambar pun dah malam, so takde lah gambar ya.

balik ke hotel, semua barang harus dipack malam tu jugak.  pak ilham bagitau semua bag harus ada di lobby pada pukul 5.30 pagi.  omg!

bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...