Tuesday, March 6, 2012

jalan-jalan Ranah Minang ~ departure

akhirnya sampai jugak ke entry terakhir untuk jalan-jalan ranah minang ni.  aku pun dah tak larat nak type panjang-panjang ~ dah lenguh.  lagipun cerita nya dah suam-suam kuku.  so for conclusion, aku sambung je lah ya.

....sambungan

Pak Ilham & Mukhlis yang pendiam

pukul 4.oo pagi aku dah bangun.  tak lena tidur malam tadi.  sekejap-sekejap terjaga.  mungkin sebab teruja nak balik kot.  5.oo pagi semua dah turun untuk breakfast.  5.30 pagi pak ilham & mukhlis sampai. 6.oo pagi kami bergerak ke airport.


perasaan bercampur-baur ketika dalam perjalanan ke airport.  gembira sebab nak balik dan berjumpa keluarga.  sedih sebab nak tinggalkan tanah bundo kanduang ni.  tak tau bila lagi akan datang ke sini.


what i can say about this journey is that ranah minang is such a lovely place.  friendly people, good food, beautiful scenery & no language barrier.



even though i did not have a chance to explore all, but from what I’ve seen, it must be invigorating, interesting and full of surprises.


keadaan geografi ranah minang berbukit-bukau dan bergunung-ganang.  because of that, most of the paddy fields dibuat secara bertingkat dan ini menghasilkan pemandangan yang cantik.


ia masih terpelihara dari pembangunan yang pesat.  oleh kerana itu, kita boleh lihat kehijauan di mana-mana.



tanahnya pula subur kesan daripada lahar gunung berapi.  di mana sahaja tanaman ditanam, ia pasti dapat hidup dengan subur.

pintu gerbang Masjid Al-Ikhwan

satu yang aku notice, masjid dan surau berada di mana-mana.  ceruk mana pun kita pergi, pasti ada surau.  waima kat ngarai sianok yang banyak monyet tu pun ada surau!


di ranah minang ini juga sangat berpegang kepada adat (hukum & undang-undang).  biar mati anak, jangan mati adat.  tapi bukanlah follow membabi-buta.  yang menjadi pegangan masyarakat di sini berpandukan kepada 'adat bersendi syara', syara' bersendi kitabullah'.




so many things to see, so much things to do. but yet so little time.





i feel kinda attached to this place. most of the things ~ if not all ~ seem familiar. i’m not trying to be sentimental, but it’s true.


the experience is priceless, let alone the memories.


kenangan bershopping sampai duit cukup-cukup untuk airport tax je


kenangan ambik gambar mengalahkan next top model ~ perasan!


kenangan makan nasi dengan lauk-pauk yang berjenis-jenis ~ kat rumah lauk paling banyak pun 3/4 jenis je kan.


dan macam-macam lagi lah.  pak ilham & mukhlis pun rajin melayan kerenah kitaorang.


apa-apa pun, dari pengembaraan ini, i'm grateful sebab terjalin satu persahabatan di mana...


yang jauh, didekatkan


yang dekat, dimesrakan


yang mesra, diserasikan

insya’allah, sangat-sangat mahu ke sana lagi.  tapi kali ini bersama keluarga pulak.  dan yang pasti, Luak Lima Puluh Kota wajib ada dalam itinerary.  pak ilham, bisa bantu nggak?  ^_^

ingin ke nagari Batu Hampar. ingin mencari susur galur...


2 comments:

  1. juana&azahari,

    Saya mengikuti sepenuhnya catatan anda yang sangat menarik di tanah Minang.

    T.Kasih.

    ReplyDelete
  2. Encik Ujang,
    terima kasih kerana mengikuti perjalanan saya di ranah minang.

    walaupun saya tidak dapat merakamkan sepenuhnya keadaan di sana, harapan saya semoga encik ujang dapat gambarannya walaupun sedikit.

    moga-moga satu hari nanti encik ujang dapat melawat tanah bundo kanduang, tanah asal nenek moyang kita, insya'allah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...