Friday, March 2, 2012

jalan-jalan Ranah Minang ~ part IIII

....sambungan

sampai di bandar bukittinggi, pak ilham tanya berapa lama yang diperlukan untuk bershopping di pasar atas.  ada yang kata 2 jam, ada pulak kata 3 jam.  akhirnya, keputusan dibuat ~ 2 1/2 jam.  puas hati?


pasar atas ni berhampiran dengan Jam Gadang.  jam gadang is a clock tower and a major landmark of the city of bukittinggi.  satu yang unik tentang jam ni ialah ia menggunakan 'IIII' untuk nombor 4 instead of traditional Roman number 'IV'.

anyway, aku takde lah shopping sangat kat pasar ni sebab the stuff that i wanted the most dah beli semalam dan pagi tadi.  cuma ada beberapa barang yang masih kurang tu, aku beli lah sikit-sikit.


tapi rombongan cik kiah memang best.  diaorang ni sporting beb!  setiap kali masuk kedai, harus lah membeli.  "kesian kalau tak beli..", kata diaorang.

mostly kedai di pasar atas ni menjual telekung bersulam mewah serta kain ela bersulam timbul & cantik.  di samping itu, ada jugak kedai menjual pakaian muslimin seperti songkok, kemeja & kain pelikat.  kedai jual langsir pun ada.  mungkin ada banyak lagi, tapi kitorang tak pergi ke seluruh bangunan pasar ni.  tak larat!


walaupun penat selepas seharian mengikuti tour, masing-masing kelihatan ceria selepas berbelanja sakan di pasar atas.  tak menang tangan nak jinjing beg-beg plastik nampaknya.  he..he..

dinner malam tu, kami dibawa ke Resto Hayuda.  restoran ni tak hidang nasi padang, tapi makanan secara ala-carte.  menu nya takde lah banyak, tapi sufficient.  ada nasi goreng biasa & spesial, mee goreng biasa & spesial, murtabak mesir biasa & spesial, satay, dll.  diaorang ni memang suka benda-benda yang special kot?  hmm...

cantik jubah tu K.Ani!

aku, ziah & azlina makan nasi goreng special.  memang sedap, terbaekk!  k.tipah & k.ani makan murtabak mesir.  ana pulak makan mee goreng.  mana lagi dua orang?  ijad demam, so k.zimah teman ijad kat hotel.  tapi kitaorang tak lupa tapau murtabak mesir untuk diaorang berdua.

sedang enak makan tu, tak semena-mena ada orang bukak kedai depan pintu masuk resto.  buka harga dah murah, lagi murah dari pasar atas.  lepas tu bagi diskon lagi.  berbaloi-baloi!  aku yang pada mulanya tak nak membeli, tewas jugak.  dompet pun semakin menipis...

bersambung...


2 comments:

  1. juana&azahari,

    Saya mengikuti kembara puan di Tanah Minangkabau.

    Mungkin Pak Ilham tidak membawa rombongan kota batu dari Malaysia ke perkampungan tradisional saudara-saudara jauh saya (Juana?)di Minangkabau - ada sawah padi, tobek, rumah-rumah tradisional yang dalam keadaan seadanya,kampung-kampung di pedalaman,permainan lumba kerbau...wujudkah lagi Kg. Tanah Datar, Kg. Mungkal, Kg. Tiga Nenek di sana..

    Atau adakah rumah ala-ala homestay di pedalaman Tanah Minangkabau.

    ReplyDelete
  2. Encik Ujang,
    Terima kasih kerana mengikuti kembara saya.

    Ya, tour kami tidak sampai ke Luak Lima Puluh Kota. Luak di mana keturunan asal majority orang negeri Sembilan berasal dari sana. Kami melalui kampung2 tetapi kawasannya tidak traditional kerana ia dibangunkan untuk tujuan wisata. Masih Ada daerah Tanah Datar, tapi kami tidak sampai di Mungka & Tiga Nenek.

    Masih Ada sawah Padi serta rumah traditional tetapi semakin kurang kerana ianya lebih mahal untuk dibina. (apa itu tobek?) tidak pasti tentang lumba kerbau sebab ia digunakan secara maksima di bendang. Tapi Ada lumba itik.

    Untuk home stay di ranah minang, mungkin Encik Ujang boleh surf di TripAdvisor. Saya Akan Cuba masukkan lebih gambar pd entry yg akan dtg.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...