Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 2, 2012

jalan-jalan Ranah Minang ~ part III

...sambungan

sejak checked-in hotel petang semalam, kepala aku sakit.  berdenyut-denyut.  mungkin sebab cuaca panas kot.  tak pun, sebab kena hujan malam tadi.  ataupun perut kosong, angin dah naik ke kepala.  entahlah, i had no clue.  tapi takkan aku nak tinggal kat hotel kan?  nak tak nak, kena ikut pergi tour jugak.  rugi kalau ketinggalan.

first thing in the morning, we were brought to another clothing store.  ini kedai keempat yang takde dalam itinerary.  tapi kitaorang tak kisah pun.  asal boleh shopping, kitaorang ok jer  ^_^


dari situ, kami dibawa melihat pemandangan di Panorama Sungai Landir.  just to let you guys know, untuk sampai ke situ kami melalui jalan yang bengkang-bengkok ya, anak-anak.  tapi kat sini pemandangannya memang cantik.  dari atas bukit, kami boleh nampak sebuah perkampungan, sebuah masjid serta sawah padi yang bertingkat-tingkat.

from left:  me, Ziah, Azlina, K.Zimah, K.Tipah, K.Ani, Ijad & Ana

perjalanan diteruskan ke Tasik Maninjau.  sebelum sampai ke tasik kawah tu, kami melalui kampung-kampung dari Embun Pagi.  melihat sawah padi yang bertingkat-tingkat, kolam-kolam kecil yang banyak ikan, serta kebun-kebun sayur yang hidup subur.


sesampai di Lawang Park di Puncak Lawang, kami dapat lihat tasik maninjau yang luas terbentang.  kalau selalu aku dapat tengok pemandangan ni kat astro oasis je, tapi sekarang aku betul-betul berada di sini.  betul-betul depan mata.  terharu dan kagum dengan ciptaan Allah ni.

from left:  K.Ani, Ijad, K.Zimah, Ana, K.Tipah, Azlina, Ziah & me

walaupun matahari memancar, tapi tak terasa panas pun. hembusan angin yang kuat menyebabkan kawasan tu sungguh nyaman.  tempat cantik, udara segar, rasa nak berguling-guling je kat situ macam filem hindustan.  ambik gambar tak hengat!  hilang kejap pening kepala. hi..hi..hi..!

kanak-kanak riang  ^_^

dari puncak lawang, kami turun ke salah satu kampung yang berhampiran dengan tasik.  untuk sampai ke situ, kena melalui Kelok 44.  memang ada 44 selekoh tau, tajam pulak tu.  siap ada sign board lagi untuk setiap selekoh.  dah start balik pening aku!


kami ke Kampung Muaro Pauh, Sungai Batang untuk melawat Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka.  korang tau tak sapa hamka ni?  kalau tak tau, sila google kat internet ok.  mak tak kuasa nak type panjang-panjang nyah!  kisahnya memang menarik, sampai bergenang air mata mendengar cerita dari anak saudara allahyarham, Pak Hanif.


selesai di muzium hamka, nak balik semula ke bukittinggi, kena melalui kelok 44 tu sekali lagi.  dan kena melalui jalan bengkang-bengkok tadi tu sekali lagi.  makin pening kepala aku.  kali ni dah tak tahan, rasa nak pitam.  apa lagi, berhenti kali kedua di sungai landir dan aku pun *toot*. takde makna nya aku makan breakfast pagi tu.  lepas tu aku dah macam lempeng basi  :(

Mukhlis, apa yang difikirin?  kakak takkan *toot* di mobil kamu dong! ^_^

seterusnya kami ke Kota Gadang untuk melawat silversmith shop.  tapi takde sorang pun yang beli apa-apa kat situ.  memasing dah starving kot, tak boleh nak concentrate, especially nya aku.  huhu..!

tengahari tu kami makan di restoran nasi padang jugak macam semalam.  dengan lauk-pauk yang banyak dan sedap, bertambah sepinggan aku makan nasi.  sah-sah perut dah kosong pasal peristiwa busuk tadi.  alhamdulillah.


lepas makan, memasing dah tak sabar nak balik ke pekan bukittinggi.  kenapa?  sebab nak bershopping pulak di Pasar Atas.  dengar kata member-member yang dah pernah ke situ, harga kat pasar tu lebih murah kalau compare dengan kedai-kedai yang kitaorang dah singgah.  betul ke?  ntah lah.  tunggu…!

bersambung…..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...