Sunday, February 26, 2012

jalan-jalan Ranah Minang

aku pernah bagitau yang aku teringin sangat nak pergi ke Minangkabau kan?  itu pun kalau korang ingat entry aku tahun lepas lah.  kalau tak ingat, boleh baca kat sini.


dengan izin Allah, akhirnya sampai jugak aku ke situ.  keluar rumah lebih pukul 5.00 pagi khamis lepas, aku pun menjejakkan kaki di Bandar Udara Internasional Minangkabau tepat pukul 8.00 pagi.

gembira setelah sampai dengan selamat

aku pergi dengan ziah dan kakaknya, Latifah (kak tipah).  turut serta 5 orang yang lain ~ Azlina {budak bank}, Noraini (kak ani), Norazimah (kak azimah), Syarizad Akmar (ijad) dan Norarbizah (ana).  mereka berempat ni kawan-kawan kak tipah.

Pak Ilham yang peramah & kelakar

ketibaan kami disambut oleh Pak Ilham selaku tour guide & Mukhlis sebagai pemandu pelancong.  kami seterusnya dibawa ke bukittinggi yang sepatutnya mengambil masa 2 1/2 jam.


since kitaorang kelaparan sebab belum breakfast, kami telah dibawa ke rumah makan Lamun Ombak.  kat situ, kitaorang order murtabak Mesir dan air lamun ombak.


murtabak tu sedap, dagingnya digoreng dulu sebelum dibuat murtabak.  dagingnya banyak, bukannya banyak bawang macam kat sini.


cantik nama air tu.  air nya pun cantik dan sedap.  di dalamnya ada hirisan nangka, betik, puding & honey dew tapi manis sangat!  tak boleh nak habis.


selepas tu kami meneruskan perjalanan ke bukittinggi.  dalam perjalanan, kami singgah di air terjun Lembah Anai.  cantik, tapi kat situ tak boleh mandi.


kemudian kami singgah di Minangkabau Cultural Documentation & Information Center yang terletak di Padang Panjang.  kat situ ada contoh Rumah Gadang beserta dengan Rangkiang nya.




ia memang dibina menyenget

berbagai info dan documentation tentang sejarah dan budaya minangkabau boleh didapati di sini.  kalau nak tau lebih lanjut, boleh tanya petugas yang ada di situ untuk membantu.

inside Rumah Gadang

di samping tu, ada jugak disediakan pakaian tradisional minangkabau kalau ada sesapa yang nak mencuba.  kitaorang memang tak lepaskan peluang.  dah macam pengantin minangkabau dah memasing aku tengok.  hu..hu..!


seterusnya ke Pandai Sikek untuk shopping barangan sulaman dan ukiran.  untuk ke situ, kami melalui perkampungan yang di kiri dan kanannya penuh dengan kebun sayur, kolam ikan dan sawah padi sebagai pekerjaan utama penduduk di situ.

perkampungan pandai sikek di kaki Gunung Singgalang

untuk barang sulaman dan ukiran, terdapat lebih kurang 6-7 buah kedai yang boleh dilawati.  semuanya dekat-dekat di antara satu sama lain and the prices are really competitive.  tapi korang kena lah pandai tawar-menawar.  aku ni lemah sikit masuk bab tawar-menawar ni.  he..he..


dalam hati berkata, "sampai jugak aku ke pandai sikek.  selalu cuma dengar nama tempat tu dalam lagu ayam den lapeh je".

bersambung...


4 comments:

  1. menariknye! first time dgr pasal minangkabau ni. :) tq for the info btw.

    ReplyDelete
  2. annaqia,
    dulu-dulu memang ada kerajaan minangkabau. sekarang ni tinggal kesan sejarah nya aje.

    ReplyDelete
  3. juana&azahari,

    Leguh legah bunyi pedati,Pedati orang ke Padang,
    Genta kerbau berbunyi juga,
    Biar sepiring dapat petang,
    Pagaruyung teringat juga.

    ReplyDelete
  4. En. Ujang,

    'Negeri Sembilan ke Minangkabau,
    Selat Melaka airnya tenang,
    Tali persaudaraan mesra mengimbau,
    Adat pusaka selamanya dikenang'

    A. Samad Idris,
    I Ogos 1969

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...