Saturday, December 24, 2011

from morning till dawn

semalam aku cuti.  saja je, nak habiskan annual leave.  lagi pun dah janji dengan dina nak pergi kinokuniya sebab dia nak beli komik & novel *5 buah kesemuanya*.  so lebih kurang 10.30 a.m., kitaorang dua beranak keluar rumah to setiawangsa lrt station.

sampai klcc, terus ke kinokuniya.  dina pun cari lah komik yang dia nak.  tapi novel terbaru ain maisarah tu belum ada lagi.  so nak cukup kan quota ~ alasan, dia pilih satu lagi komik.


dari kinokuniya, kitaorang ke parkson pulak.  takde agenda nak beli apa-apa pun kat situ, just cuci mata kot-kot ada yang berkenan.  memang ada pun!  ^_^

from parkson, time was almost 1.00 p.m.  perut pun dah lapar.  maklumlah, tak makan breakfast sebelum keluar.  pergi food court, sesak & takde seat.  pergi restoran pulak, kat luar semuanya beratur.  mana taknya, tu kan time lunch.

then beratur kejap kat chili's, tapi tak sampai 15 minit kitaorang cabut.  tak sanggup!  cari, punya cari, punya cari, lastly we went to Nando's.  alhamdulillah, ada seat.



tak done nak ambik gambar makanan & deco kat nando's semalam.  agak ramai orang kat situ, segan.  gambar peri-peri sos ni je lah yang dapat.


setelah kekenyangan, kami ke Marks & Spencer sebab nak cari hadiah.  sebenarnya, kitaorang dapat invitation dari ms alice & husband to their Boxing Day lunch on monday.  so aku fikir nak bawak hadiah sebagai buah tangan.


agak banyak coklat, manisan dan biskut kat marks & spencer tu.  rambang mata, tak tau mana satu nak pilih.  aku rembat je memana yang berkenan, tapi dengan harga yang berpatutan lah  :)


dah settled, kitaorang pun beredar.  and we reached home before 4.00 p.m.

sebenar-benarnya, agenda asal hari ni nak tengok wayang.  tak, bukan Ombak Rindu, tapi The Twilight Saga:  Breaking Dawn Part Iorang lain dah berzaman tengok, aku barulah nak tengok.  dan aku noticed film tu dah nyawa-nyawa ikan tayangannya kat kl ni.

Poster credit to Alt Film Guide

so awal pagi semalam aku dah survey kat internet.  kat tgv klcc ada, tapi pukul 12.15 a.m.  hilang akal nak pergi klcc time tu!  yang paling dekat dengan rumah, tgv wangsa walk ada.  cuma time nya 10.15 p.m.  so before mr. hubby pergi kerja semalam, aku dah bagitau dia nak tengok wayang kat situ.  lega bila dia setuju.

Photo credit to listal

initially, mr. hubby nak tengok film lain.  dia tak minat twilight ni.  tapi takde film yang sama waktu dengan breaking dawn kecuali Alvin & The Chipmunks 3.  nak tak nak terpaksa lah join kitaorang tengok sekali.  luckily he did not fall asleep  :)

sampai rumah lebih kurang 12.30 a.m.  zzzzz.....

"no measure of time with you will be long enough.  but let's start with forever" ~ Edward Cullen


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...