Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 17, 2011

CIB Team Building ~ part III

kalau nak tau {kalau tak nak tau pun, ada aku kisah?}, kitaorang dapat lagu "Sweet Child O' Mine" by Guns N' Roses.  ha... ambik ko!  rock maut, wa cakap lu.  tak boleh nak bayangkan macam mana kitaorang nak perform nanti.

mana tak nya, aku nampak group aku takde sorang pun yang rock.  semua spesis dalam hati ada taman punya.  walaupun it was just for fun, risau jugak.  lebih-lebih lagi bila tengok group lain dah start practice.  kitaorang satu plan pun takde lagi.  asyik dok ulang je lagu tu sampai namratus kali.

aktiviti selingan ~ games

tapi bila dah ada idea apa nak buat, lega lah sikit.  team members pun banyak bagi cadangan macam mana nak mantop kan persembahan.  bila rasa persembahan tu dah ada hala tuju, rasa tak sabar pulak nak perform.  he..he.. perasan!

so habis practice dan bersiap petang tu, semua menuju ke tempat Putra Room 1, 2 & 3 for dinner.  sambil makan, sambil perform.  dalam masa yang sama, ada lucky draw jugak.  masa dinner tu, ada jugak bosses yang datang.  Alice tak dapat datang sebab dia overseas, so she asked Rizleen to attend instead.

Rizleen & me

kitaorang kurang selera makan sebab takut muntah bila perform nanti.  bukan muntah sebab kenyang, tapi sebab nervous!  bila emcee panggil group one to perform, kitaorang dah sejuk kaki & tangan.  suspens woi!

tapi group kitaorang memang dah ready to perform.  tak percaya?  ha.. tengoklah gambar-gambar kat bawah ni, rock ke tidak.






kemudian tiba lah masanya group 2 to perform...



teramat lega bila dah habis buat performance.  penonton kata good, tak tau lah betul ke tidak.  ntah-ntah perli je tu.  anyway, bila keputusan diumumkan, kitaorang dapat nombor 2.  tak sangka engko!  ingatkan juara.  hu..hu..  sebagai group captain, aku happy lah jugak.


apa-apa pun, it was really fun.  dah lah dapat lucky draw, group pulak dapat 2nd prize.  memang exciting!  tidur tak hengat malam tu sebab kepenatan.  the next day ada lagi 2 module.  lepas tu balik rumah.  yahoo!

bersambung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...