Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 26, 2011

janganlah kamu berdengki kecuali...


aku fikir, tentu ada member-member yang sama batch dengan aku masih ingat hadith ni.  kalau tak silap, hadith ni salah satu dari syllabus matapelajaran agama tingkatan dua.  tolong betulkan aku kalau aku silap ya.

masa tu, kalau ada member-member yang bercakap dengan nada yang agak-agak dengki ataupun iri hati, hadith ni mesti keluar dari mulut kitaorang.  yang kelakarnya, bila mention hadith ni, mesti kitaorang ketawa sekali.  ntah apa yang kelakar, tak tau lah ^_^  padahal topik serius tu.  so aku fikir nak share lah dengan korang sempena cuti deepavali ni ~ takde kena mengena langsung!  sambil tu, beri peringatan pada diri aku jugak.


Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredhai oleh Allah); dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.


Riwayat Hadith al-Bukhari


Kesimpulannya:-
Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan di dalam dua perkara:-
i)  Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
ii)  Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya di jalan yang diredhai oleh Allah.


Source:  JAKIM


renung-renungkan dan selamat beramal!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...