Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 24, 2011

the many faces of Alya Irdina

kat rumah time ni cuma aku dan mr. hubby je.  dina takde since yesterday, attending kem motivasi kat ulu langat.  bila dia ada, asyik nak melenting je aku ni.  tapi bila dia takde, rasa sunyi pulak.  sambil tu dok teringat je kat dia.

dina paling suka melayari facebook.  kalau suruh baca buku, sekejap je dia boleh bertahan.  lepas 15 minit dah mula gelisah.  nak cari makanan kat dapur lah konon, tapi singgah join kitaorang tengok tv.  kalau tak pun, mula baca buku sambil berbaring, tapi lepas tu terus tertidur.  hmm... sabar je lah.


dina tak makan sayur ~ macam aku.  tapi ada gak food yang dia makan, aku pulak tak makan.  contohnya mee suah, porridge & half-boiled egg.  paling menjadi kegemaran dia, minum air sejuk yang berperisa seperti anggur, sarsi dsb.  apa yang penting, kerjasama air sejuk!  air masak tak nak.  padahal aku dah ajar minum air masak sejak dia sebesar ibu jari lagi.


dina's favourite color is pink.  budak perempuan memang gitu lah.  ade kome jumpe budak pompuan yang suke kaler hijo?  ^_^  next to pink is purple.  dark colors like black dia tak suka ~ itu maknya yang suka.  color yang kepam-kepam like grey & brown pun dia tak suka.  kengkadang tu, aku saja je beli baju with color yang dia tak suka.  natijahnya, memang jarang nak tengok dia pakai baju tu.  alahai..!



dina suka betul bergambar!  kalau aku nak capture gambar mr. hubby, cepat-cepat dia enter-frame.  kamera rumah ni dah penuh dengan gambar dia.  tak cukup dengan handphone sendiri, handphone aku pun dia belasah jugak ambik gambar dia.  gambar kat bawah ni dia ambik sendiri.  ok ke?



"Wahai tuhan kami, kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan" - Surah Ali-Imran, ayat 38.


Saturday, July 16, 2011

satu jumaat yang panjang

semalam aku cuti.  kenapa?  sebab takde babysitter.  ha..ha..ha...  dina dah besar panjang, dah boleh tinggal sendiri dah pun.  babysitter untuk baby je beb.  e'eleh, suka hati aku lah.  cuti aku banyak lagi.  lagi pun, aku memang suka duduk rumah.  lagi suka kalau tak payah kerja  (^_^)

Warung Raso Omak Den
Photo credit to Peej Burhan

duduk rumah pun bukannya relax je.  lagi banyak kerja nak kena buat.  tak payah cerita kat sini lah, semua sedia maklum apa kerjanya kan?  semua kerja rumah aku buat semalam kecuali memasak.  hu..hu.. food aku mintak ayah import dari warung Raso Omak Den, Taman Setapak Indah.  memang ghaso macam omak den lah yang masak!

petang pulak ada orang datang.  bukan tetamu hokey.  diaorang datang nak pasang sesuatu.  rumah orang lain dah berkurun lama pasang benda alah ni, aku baru lah terhegeh-hegeh nak pasang.  mak tak mampu nok..!  apa dia tu?  ni ha...


dulu arwah mak pernah beli penapis air Beyond.  lepas mak dah takde, technician pun tak datang service walaupun dah bagitau kat ejen.  bila tak boleh nak maintain, kitaorang dismantled je penapis air tu.  elok je dia tersadai kat tepi sinki tu.

tapi bila tak pasang, masalah air keruh pulak.  mungkin sebab karat kot.  bila masak air, mesti ada bendasing kekuningan tinggal dalam cerek.  ntah-ntah, dalam badan kitaorang ni pun dah ada beberapa inci karat melekat agaknya.  he..he..

semalam mr. hubby balik lambat sebab pergi outstation to melaka & seremban.  he reached home about 10.30 p.m.  masa dia sampai, aku nampak banyak makanan dia tapau.  bila bukak semua makanan tu, perghh... my favourite.  thai food!  dia ada dinner kat seremban, tapi dia order jugak buat tapau untuk kitaorang.  yobo, gomapta.  saranghe.





mr. hubby tapau kan nasi goreng ketam, ayam pandan, crab cake & tomyam campur.  nasib baik kitaorang tak makan tomyam tu semalam ~ pedas giler!  baru makan lunch tadi.  walaupun pedas, tapi terbaekk..!

just imagine you had supper at 11.15 p.m. and went to bed thereafter  *pengsan*


Sunday, July 10, 2011

N & N

dah sebulan lebih aku draft entry ni.  tapi masa tu tak pasti lagi samada nak post ke tidak.  tapi tadi setelah 'ter'menonton Melodi, dan ada diselitkan sedikit mengenai perkahwinan Mizz Nina & Noh, terus aku post entry ni hari ni jugak.

Photo credit to gua.com

kira entry ni terlambat suda.  kalau aku post masa draft hari tu, mungkin panas lagi kot.  tapi aku tak berani sebab takut kena saman.  he..he..  anyway, aku saja je nak tunjukkan kad jemputan yang boss aku dapat.  bukan.., ini bukan kad yang berbentuk pakaian tradisi jepun yang pihak media dapat tu.  ini kad yang lain sebab boss aku dapat jemputan ke majlis di shangri-la.

ok, selalunya kita dapat kad jemputan yang cantik dengan sampul yang plain je kan?  tapi kad jemputan diaorang sampul nya pulak yang cantik.  kad nya biasa-biasa je  ^_^


sampulnya macam kotak, dengan penutupnya berwarna purple dan bercorak putih dari bahan velvet.  di dalamnya ada 2 keping kad ~ kad jemputan berbahasa melayu & inggeris.  manakala kad RSVP pulak diselitkan di belakang tulisan berangkai berwarna silver N&N tu.  kedua kad tu disatukan dengan reben purple dan diikat dengan brooch.  perggh... kelas gitu!  aku ingatkan nak lah ambik brooch tu lepas buat rsvp, sekali boss aku mintak kad tu balik da... :(



anyway, aku bukanlah peminat kedua-duanya.  however, here's wishing them both selamat pengantin baru dan semoga kekal ke akhir hayat.

kadang-kadang naik lift yang sama dengan ayah mizz nina kat office.   


Sunday, July 3, 2011

yesterday...

marked the sixth year you left us
however
you're still remembered
and never forgotten


doa kami
semoga aman di sana
di sisi penciptamu

Al-Fatihah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...