Sunday, July 24, 2011

the many faces of Alya Irdina

kat rumah time ni cuma aku dan mr. hubby je.  dina takde since yesterday, attending kem motivasi kat ulu langat.  bila dia ada, asyik nak melenting je aku ni.  tapi bila dia takde, rasa sunyi pulak.  sambil tu dok teringat je kat dia.

dina paling suka melayari facebook.  kalau suruh baca buku, sekejap je dia boleh bertahan.  lepas 15 minit dah mula gelisah.  nak cari makanan kat dapur lah konon, tapi singgah join kitaorang tengok tv.  kalau tak pun, mula baca buku sambil berbaring, tapi lepas tu terus tertidur.  hmm... sabar je lah.


dina tak makan sayur ~ macam aku.  tapi ada gak food yang dia makan, aku pulak tak makan.  contohnya mee suah, porridge & half-boiled egg.  paling menjadi kegemaran dia, minum air sejuk yang berperisa seperti anggur, sarsi dsb.  apa yang penting, kerjasama air sejuk!  air masak tak nak.  padahal aku dah ajar minum air masak sejak dia sebesar ibu jari lagi.


dina's favourite color is pink.  budak perempuan memang gitu lah.  ade kome jumpe budak pompuan yang suke kaler hijo?  ^_^  next to pink is purple.  dark colors like black dia tak suka ~ itu maknya yang suka.  color yang kepam-kepam like grey & brown pun dia tak suka.  kengkadang tu, aku saja je beli baju with color yang dia tak suka.  natijahnya, memang jarang nak tengok dia pakai baju tu.  alahai..!



dina suka betul bergambar!  kalau aku nak capture gambar mr. hubby, cepat-cepat dia enter-frame.  kamera rumah ni dah penuh dengan gambar dia.  tak cukup dengan handphone sendiri, handphone aku pun dia belasah jugak ambik gambar dia.  gambar kat bawah ni dia ambik sendiri.  ok ke?



"Wahai tuhan kami, kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan" - Surah Ali-Imran, ayat 38.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...