Sunday, July 10, 2011

N & N

dah sebulan lebih aku draft entry ni.  tapi masa tu tak pasti lagi samada nak post ke tidak.  tapi tadi setelah 'ter'menonton Melodi, dan ada diselitkan sedikit mengenai perkahwinan Mizz Nina & Noh, terus aku post entry ni hari ni jugak.

Photo credit to gua.com

kira entry ni terlambat suda.  kalau aku post masa draft hari tu, mungkin panas lagi kot.  tapi aku tak berani sebab takut kena saman.  he..he..  anyway, aku saja je nak tunjukkan kad jemputan yang boss aku dapat.  bukan.., ini bukan kad yang berbentuk pakaian tradisi jepun yang pihak media dapat tu.  ini kad yang lain sebab boss aku dapat jemputan ke majlis di shangri-la.

ok, selalunya kita dapat kad jemputan yang cantik dengan sampul yang plain je kan?  tapi kad jemputan diaorang sampul nya pulak yang cantik.  kad nya biasa-biasa je  ^_^


sampulnya macam kotak, dengan penutupnya berwarna purple dan bercorak putih dari bahan velvet.  di dalamnya ada 2 keping kad ~ kad jemputan berbahasa melayu & inggeris.  manakala kad RSVP pulak diselitkan di belakang tulisan berangkai berwarna silver N&N tu.  kedua kad tu disatukan dengan reben purple dan diikat dengan brooch.  perggh... kelas gitu!  aku ingatkan nak lah ambik brooch tu lepas buat rsvp, sekali boss aku mintak kad tu balik da... :(



anyway, aku bukanlah peminat kedua-duanya.  however, here's wishing them both selamat pengantin baru dan semoga kekal ke akhir hayat.

kadang-kadang naik lift yang sama dengan ayah mizz nina kat office.   


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...