Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 2, 2011

mid-term short excursion

cuti sekolah ni takde plan nak bercuti.  dina ada kelas tambahan dan tuition, so plan kena lah cancel.  aku dan mr. hubby cuti hari ni sebab nak pergi mahkamah syariah.  settled lebih kurang pukul 10.20 a.m.  since habis awal, mr. hubby suggest kitaorang pergi for our short excursion hari ni instead of esok.  pergi mana tu?


aku dah lama teringin nak pergi Kuala Pilah, especially Seri Menantinama je anak jati ns, tapi kuala pilah pun tak pernah jejak!  aku memang teringin nak pergi sejak sekolah menengah lagi.  pernah aku bagitau arwah mak aku nak ikut kawan balik kampung, tapi tak dapat greenlight.  dah tua bangka ni baru dapat pergi.  terima kasih lah kat mr. hubby kerana merealisasikan impian aku.

kenapa kuala pilah?  sebab nak melawat istana lama seri menanti.  itu je?  ha'ah, itu je.  ha..ha..ha...  kelakar kan?

pemandangan dari dalam restoran ~ menghadap sawah padi

sebelum sampai seri menanti, singgah lunch kat Restoran Warisan di Terachi.  restoran ni konsepnya macam Istana Bambu dan makanannya mostly masakan ns.  tapi ada gak terselit beberapa menu thai food.  we were served with syrup + maruku sebagai tanda selamat datang.  we ordered daging salai masak lemak cili api, udang goreng kunyit, ayam goreng kunyit dan telur bistik.  then ada complimentary ulam + ikan masin bulu ayam.  alhamdulillah, kenyang.  sorry takde ambik gambar ya.  ini bukan entry pasal food ^_^

lepas makan kitaorang checked-in di Seri Menanti Resort.

bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...