Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 3, 2011

mid-term short excursion part II

seri menanti resort adalah satu-satunya hotel yang terdapat di situ.  mungkin sebab it's catered more to event like seminars or courses, we're the only guest masa tu.  tapi tak lah sunyi sebab staff sedang buat persiapan untuk wedding this weekend.



lobby Seri Menanti Resort


chalet

lepas checked-in dan berehat sekejap semalam, kitaorang ronda pekan kuala pilah.  mr. hubby planned nak bawak kitaorang makan kuey tiaw goreng kat belakang Desa Inn, tapi gerai tu dah takde.  takde rezeki nampaknya.



today lepas breakfast, kitaorang ronda-ronda sekitar seri menanti.  masuk kampung-kampung, singgah gerai menjual sarapan & meninjau-ninjau istana yang didiami oleh yamtuan sekarang ~ tapi kat luar je lah he..he...  akhir sekali aku & dina melawat istana lama atau dikenali sebagai Muzium Diraja.  istana ni popular kerana ia dibina tanpa menggunakan sebatang paku pun.





apa yang terdapat kat dalam istana tu korang boleh google kat internet.  keadaan dalam istana tu penuh warna-warni, terutamanya warna kuning.  however, i found the atmosphere in the museum is kind of creepy.  tak tau kenapa.  rasa meremang bulu roma!

pemandangan ke luar dari tingkat 3 istana

in a nutshell, pada pendapat aku lah kan, pekan diraja ni sangat tenang dan mendamaikan.  kawasan persekitaran di hias cantik.  mestilah kan, dah Yamtuan tinggal di sini, so kena lah buat cantik-canttik.  tarikan utama adalah istana lama di samping makam dan muzium diraja.


tasik di kawasan resort

walaupun pekan kecik je, kat sini ada jugak golf course selain basic facilities such as balai polis, pejabat pos, satu deretan kedai, gerai makanan, sekolah rendah & menengah serta klinik kesihatan.



pada waktu malam, kawasan di sini dihiasi dengan lampu-lampu kecil di sepanjang jalan.  hatta istana lama tu pun dipasangkan lampu di sekelilingnya.  kelihatan jugak beberapa gazebo di kawasan berhampiran istana kalau korang nak lepak-lepak.  tapi takde orang lepak pun!

di antara yang masih mengekalkan ciri-ciri rumah minangkabau

after checking-out, kitaorang singgah semula di restoran warisan untuk lunch.  selain lauk yang kitaorang order semalam {kecuali udang goreng kunyit}, kitaorang tambah 3 lagi lauk hari ni iaitu ikan keli goreng berlado, sotong goreng tepung & daging goreng cili kering.  semuo eh podeh-podeh belako!  then we headed back to KL via Lekas.

am planning to go to bandar diraja perak ~ Kuala Kangsar.  anybody?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...