Monday, June 6, 2011

food for seoul

aku memang penggemar thai food yang tegar.  pantang ada orang suruh aku suggest nak makan kat mana, pasti lah restoran thai.  sampai dina pun dah bengang, "asyik-asyik thai food", katanya.  he..he..  i'm sorry!  tak tau kenapa lah, tapi aku memang suka!


tapi last saturday my brother-in-law, boy suggested kitaorang pergi makan kat Seoul Garden, One Utama.  interesting!  unfortunately, tak cukup quorum.  cuma kitaorang sefamily, mil, fil, boy & qila je yang ada.  yang lain-lain dah ada prior arrangement :(


suasana kat dalam restoran tu agak padat jugaklah.  maklumlah, malam minggu.  kitaorang sefamily tak pernah makan kat mana-mana restoran korea kat sini.  setahu aku, ada beberapa kerat je restoran korea yang halal kat malaysia ni.

first time tengok bamboo snail

ini pengalaman baru buat kitaorang.  tapi bukan lah jakun!  hu..hu..  kalau steamboat tu dah biasa lah kan, tapi grill food kat tepi pan tu quite enjoyable.  teringat masa kitaorang pergi korea tahun 2003.  meja sebelah-menyebelah semuanya seronok menggrill 'daging', kitaorang cuma pandang je.  nak grill amende, dagingnya tak halal!


macam-macam makanan mentah disediakan.  not so much variety, but sufficient.  ayam & daging, jangan cakaplah.  berjenis-jenis marinate ada.  you name it, you got it!  makanan yang tak perlu direbus ataupun digrill pun ada jugak i.e. nasi & mee goreng, kuih-muih, beraneka salad & fruits.  for desserts ada puding, ais krim & abc.

 grill apa tu Miss Qee?  serius nya!

mr. hubby bagitau dia suka tempat tu.  rasa seronok sebab boleh ambik macam-macam, masak dan makan banyak-banyak.  dia tak cakap macam tu, aku yang cakap hi..hi...  tapi dia memang suka.  serius!  dia kata nak pergi lagi.


total damages = priceless!


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...