Tuesday, April 19, 2011

pengaruh Irma

aku tak pernah makan benda alah ni.  pertama kali aku kenal benda ni melalui blog Fazlinil Irma Mohamed Aki.  masa tu irma still kat london.  la ni dia dah balik malaysia dah.  last weekend aku tengok kat blog budak irma tu, dia pergi belajar buat benda ni dengan cikgu yang berasal dari negara asal benda tu.

tu yang buat aku curious sebenarnya.  sedap sangat ke benda alah tu?  aku ada ternampak benda tu dijual di Lemon2Go since aku hari-hari lalu kat situ masa nak balik.  benda tu memang cantiklah, macam-macam kaler ada.  kalau cantik, tentu sedap kan?  so untuk puaskan hati, aku telah pun membeli satu pack benda tu masa nak balik tadi.  apa dia tu?

tada...!


ha...!  itulah dia ~ macarons.  ia adalah sejenis biskut yang berasal dari France.  rasanya sedap, tapi manisnya tahap melampau.  boleh kena kencing manis nih!  seketul je aku mampu telan.  manis sangat!  

aku ada singgah di beberapa blog yang bercerita pasal macarons ni.  topic hot sekarang ni.  mungkin macarons ni trend makanan zaman sekarang kot?  agaknya lah...

note:  Irma, kalau kamu bercadang nak menjual macarons lepas ni, war-warkan dalam blog ya.  nanti boleh beli dari kamu je.  kata nak membantu orang melayu berniagakan?  ^_^


2 comments:

  1. akak. tergelak2 sy baca part last tu. hehe.
    insyaallah. doakan sy berjaya buat sdiri. ;)

    ReplyDelete
  2. irma,
    akak serius nih.. hi..hi..hi...!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...